Gunting Rambut: Masih Tidak Dibenarkan Walau Perkhidmatan di Rumah

gunting rambut

KHIDMAT gunting rambut masih lagi tidak dibenarkan. Ini kerana aktiviti tersebut masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkhidmatan Gunting Rambut Belum Dibenarkan

Menteri Kanan (KeseIamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa perkhidmatan menggunting rambut di rumah pelanggan juga tidak dibenarkan.

“Untuk kedai gunting, memang tidak dibenarkan sama sekali.

“Setakat ini, kedai gunting  masih dalam senarai yang dilarang. Di mana saja, termasuk di rumah.

SOP Gunting Rambut
Ada tak yang macam ni?

Beliau menyatakan tentang perkara tersebut ketika ditanya mengenai bilakah kedai gunting akan dibenarkan beroperasi termasuk prosedur operasi standard (S0P). Ini berikutan kes C0VID-19 di negara ini telah mencatatkan penurunan.


Ini termasuklah cadangan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan menggunting rambut peribadi ke rumah.

Berkaitan dengan S0P kedai gunting, Ismail Sabri berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM).

“S0P sedang disediakan. Setakat ini, belum dibentangkan dalam mesyuarat khas menteri-menteri.

“Kita menunggu MKN untuk membentangkan S0P sekiranya telah bersedia. Setakat ini belum lagi.

“Selepas itu baru kita putuskan sama ada untuk membenarkan kedai-kedai gunting dibuka atau tidak. Tarikh pun bergantung kepada S0P yang dibentangkan nanti,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, kita sendiri boleh lihat dimana banyak perkhidmatan gunting rambut peribadi menawarkan servis berkenaan dari rumah ke rumah melalui promosi yang dibuat di laman sosial.

Ini termasuklah pelanggan yang turut berkongsi pengalaman mereka melanggan perkhidmatan tersebut dan dikongsikan di media sosiaI.

Baca – Doktor Pakar Didakwa Langgar PKP

Bagaimana pula kita menggunting rambut di rumah-rumah kawan kerana mereka mempunyai kebolehan berbuat demikian? Adakah menjadi kesalahan? Mungkin tidak dibenarkan juga bukan? Rambut Min pun sudah menyerupai perempuan setelah lebih 3 bulan tidak berbuat demikian.

Sumber: Media Diariviral


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!