Kisah Di Penghujung Usia (Kehidupan Selepas Bersara)

Di penghujung Usia

Di penghujung usia, biasanya ramai orang kita hidup menderita semasa tua. Puncanya kerana tidak merancang. Jika penderitaan itu hanya di dunia sahaja tidak mengapa, paling ditakuti jika menderita dunia dan akhirat. Kehidupan selepas bersara kita tidak perlu sibukkan diri dengan membela biantang-binatang yang tidak berfaedah, cari cicak tokek, asyik dengan main game dengan cucu atau apa saja yang melalaikan. Saat tubuh badan sudah tidak berapa bertenaga eloklah memperbetulkan dan perbanyakkan ibadah agar apabila meninggal sekurang-kurangnya mati dalam ibadah.

Sekarang terlalu banyak majlis ilmu di mana-mana termasuk di dalam internet seperti youtube dan lain-lain lagi. Di penghujung usia ini, banyakkan menghadiri majlis ilmu. Ingatkan balik ilmu yang telah kita tinggalkan atau yang kurang kita hayati sejak dulu. Semasa kita sibuk membesarkan anak-anak dan sibuk bekerja, kita kadang-kadang lalai dalam banyak perkara. Jadi di alam kehisupan selepas pencen ini, kita kena berubah 100%.

kehidupan selepas pencen
Banyakkan membaca alquran

CADANGAN DAN MANFAAT

1. Mantapkan ilmu aqidah / tauhid bagi memastikan aqidah kita betul. Akidah adalah salah satu kunci ke syurga. Mantapkan juga ilmu feqah dan tasauf. Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dalam golongan yang memang boleh membaca alquran. Yang penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa fahami isi alquran.

2. Banyakkan taubat. Bertaubatlah di mana-mana anda berada. Taubat tidak mengira tempat. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari sekali.

3. Qadha segala solat yang pernah kita tertinggal atau abaikan dulu. Perbaiki ilmu solat. Jangan pula asyik tengok drama bersiri dan drama cinta di tv.

amalan selepas bersara
Banyakkan solat berjemaah

4. Dapat duit pencen jangan sibuk berbelanja macam orang kaya. Itu adalah duit belanja penyambung nyawa kita untuk 10 ke 15 tahun lagi. Jangan asyik belikan jajan utnuk cucu-cucu. Sesekali tidak mengapa. Yang penting, guna duit-duit untuk selesaikan fidyah puasa dan qadha. Itu semua adalah hutang kita kepada Allah. Jangan lupa juga hutang kepada manusia yang belum dibayar.

5. Banyakkan sedekah jariah dan wakaf. Sedekah ni bukan hanya sedekah kepada orang buta dan budah jual tisu sahaja, tapi buatlah sedekah jariah seperti derma untuk buat masjid, sekolah pondok, pusat tahfiz dan sebagainya. Pahala sedekah jariah itu akan terus mengalir pahalanya bila kita sudah tiada sekalipun.

6. Kalau belum pernah ke Mekah, bila sudah ada duit pergilah ke Mekah. Jangan sibuk besarkan rumah. Duduklah di rumah yang sedia ada itu. Kalau setakat membaiki bumbung bocor tiada masalah. Nanti basah pula kena hujan.

amalan selepas pencen
Menunaikan umarah atau haji

7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman dan sesekali buat pemeriksaan kesihatan. Tujuannya supaya kita kekal sihat atau kurang mendapat sakit. Nanti menyusahkn anak-anak untuk menjaga kita waktu tua. Anak-anak kita juga bergelut dengan kehidupan mereka sendiri. Kesian anak-anak kerana mereka juga akan membesarkan anak-anak mereka. Bila sihat juga akan memudahkan kita beribadat.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tidak lama lagi akan tidur selamanya

9. Jangan jadi kuli anak pada usia tua kita. Di usia tua biasanya anak-anak yang tak fikir tentang keperluan ibubapa akan meninggalkan anak-anak mereka kepada kita untuk kemudahn mereka sendiri samada bekerja, melaram, bershopping dan sebagainya. Kalau sesekali tidak mengapa bukannya menjadi rutin kita menjaga cucu-cucu. Tugas kita dulu menjaga mereka d=sudah selesai.

Selepas bersara
Jangan jadikan kerja rutin anda menjaga cucu

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes-bisnes yang tidak nampak barang. Bisnes maya dan sebagainya. Simpanan duit yang ada tu untuk makan minum kita. Hidup kita pun tidak lama lagi. Andai berlaku kerugian dan bangkrap, alamatnya jadilah Pakcik cleaner atau Pak Guard sampai kita mati.

11. Berhati-hati memberikan pinjam duit kepada anak-anak terutama untuk perkara yang tidak penting bagi mereka seperti mahu menukar telefon, mahu tukar sport rim kereta dan lain-lain. Kalau penting sangat bolehlah diberikan tetapi pastikan mereka membayar balik. Itu adalah duit kita untuk hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak-anak menghabiskan duit kita. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak-anak hidup ikut nafsu. Pantang ada duit mereka akan habiskan duit itu tanpa berfikir untuk esok. pakaian sering bertukar dan penuh di dalam almari. Kita 5 tahun sekali beli sejak dulu. Ingat! Jarang anak yang membayar hutang mereka kepada ibubapa walaupun mereka berjanji semasa mereka memerlukan.

12. Sering menziarahi kawan-kawan dan saudara mara. Sambungkan balik hubungan yang sudah lama terputus. Mungkin kitapun banyak dosa dengan mereka waktu muda-muda dahulu seperti mengumpat, mengutuk, gosip, berhutang dan sebagainya. Waktu inilah kita tebus segala dosa kita agar jika ditakdirkan kita mati, kita mati dengan tenang.

bersara
Menziarahi saudara-mara dan kawan-kawan bagi mengeratkan lagi silaturrahim

13. Jika ada masalah dengan bekas suami / isteri, selesaikan masalah dengan baik. Jangan kutuk mengutuk lagi. Jangan memburukkan antara satu sama lain. Jaga aib masing-masing kerana kerana kita sudah tidak lama lagi. Kita pun bukan sihat lagi. Fikirkan juga kalau aib kita sendiri yang terbuka. Malukan? Jangan berdendam dan redha dengan apa yang berlaku. Orang berdendam Allah marah dan mereka akan jauh dari rahmat Allah.

14. Akhir sekali kita hendaklah bersabar dengan kehidupan di hari tua. Ujian yang datang macam serangga. Banyakkan mengingati Allah, berzikir, bertaubat dan membaca alquran. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali kita menyusahkan orang lain termasuk keluarga kita atas kelemahan kita sendiri yang tidak pernah sedar, tidak pelan untuk masa depan dan jangan berlagak sampai tua dan mati.
Ingatkan pada anak-anak agar jangan mengambil kesempatan rezeki hari tua ibubapa. Inilah masa untuk anak-anak membalas budi pada orang tua sementara nyawa masih ada. Masa ini adalah masa untuk anak-anak menyediakan makanan untuk kita. Dulu kita telah susah payah membesarkan mereka. Jadi biarlah sisa usia yang ada ini dihargai oleh anak-anak.

Sumber: Sembang Juruteknik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *