Kolej Arah Pelajar Buka Seluar Nak Cari Siapa Yang Datang Bulan

malu

Bhuj, Gujerat – lebih kurang 68 orang penuntut di sebuah institut di sini berdepan situasi yang sangat memalukan apabila mereka dipaksa buka pakaian dalam masing-masing. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa mereka tidak datang bulan.

Rentetan kejadian, penuntut-penuntut Institut Wanita Shree Sahjanand (SSGI) yang terleatk di barat Gujerat itu kini menuntut agar tindakan undang-undang diambil terhadap pihak berkuasa pendidikan terbabit.

Kolej arah pelajar perempuan buka seluar dalam
SSGI. Foto – Twitter via BH

Kenapa Arah Pelajar Buka Seluar?

Difahamkan mereka bertindak arah pelajar buka seluar susulan sekeping tuala wanita terpakai ditemui di taman yang berada di luar SSGI. Kawasan itu adalah kawasan larangan untuk semua penuntut yang datang bulan.

“Tiada perkataan dapat diungkapkan terhadap penghin4an yang kami terima,” kata seorang penuntut terbabit, ketika membuat bantahan di luar bangunan kolej.

Di sesetengah tempat di India, datang bulan masih dianggap satu hal yang memalukan. Manakala beberapa tempat di kawasan pedalaman, kaum wanita perlu tidur di tempat berasingan.


Kumpulan pelajar berkenaan memberitahu kepada wartawan mereka terpaksa membuka pakaian seorang demi seorang ketika berbaris di tandas. Menurut Berita Harian Online, kolej itu dikendalikan ooeh fahaman Hindu dari aliran konservatif. Ianya dikenali sebagai Swaminarayan.

Mereka (aliran tersebut) difahamkan memiliki rangkaian kuil mewah di serata dunia, termasuk di London.

Antara peraturan yang dilaksanakan oleh kolej berkenaan adalah termasuk para pelajar dilarang bermalam di asrama setiap kali mereka datang bulan.

Sepanjang mereka datang bulan, tempat mereka adalah di kawasan bawah tanah yang terpencil. Mereka juga diasingkan dari ruang dapur atau tempat sembahyang.

Baca Juga – Mujahid Kesal Sajad Memakai Telekung di Tanah Suci

Berjawablah sapa yang pandai-pandai arah pelajar buka seluar tu. Semoga para pelajar tu mendapat keadilan yang sewajarnya.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *