Sukarnya Menjadi Seorang Komando

Komando Malaysia

Bukan senang mahu menjadi anggota tentera. Malah bukan senang jika seseorang tentera itu ingin menyertai komando walaupun mereka sudah mempunyai asas ketenteraan.

Walau bagaimanapun masih ramai yang berminat menyertai komando. Dan jika permohonan mereka tidak diterima, mereka memang begitu kecewa. Ini semua kerana minat yang mendalam sejak kecil.

Apabila diterima menyertai komando, mereka perlu menjalani latihan khas. Adalah terlalu perit untuk menjalani latihan sebagai komando. Banyak rintangan yang perlu dihadapi dan dilalui oleh seorang askar untuk menjadi seorang komando.

menyertai komando
Sebahagian dari latihan untuk menjadi seorang komando

Setiap pasukan tentera di dunia ini mempunyai unit khas mereka sendiri yang akan menjadi aset ketenteraan yang paling berharga. Pasukan khas ini akan digunakan bagi menlaksanakan sesuatu misi penting seperti membuat serangan hendap, menyelamat tebusan dan berbagai lagi misi merbahaya yang memerlukan ketangkasan, keberanian dan kekuatan mental dan fizikal.

komando
Sebahagian dari latihan yang nampak masih ringan.

Sesiapa yang menyertai pasukan khas perlu menjalani latihan intensif selama berbulan-bulan dan kebanyakkan modul latihan-latihan yang akan dilalui untuk menyertai pasukan khas ini sangat mencabar. Ia bukan sahaja merangkumi latihan fizikal namun turut mencabar ketahanan mental pelatih.

Bukan mudah dan bukan senang untuk bergelar seorang komando tentera. Berbagai latihan yang sangat berat terpaksa dilalui. Di sepanjang latihan ini dijalankan, pelatih akan diuji ketahanan fizikal dan mental mereka.

berjaya menjadi komando
Saat yang dinanti oleh pelatih yang berjaya menamatkan latihan komando

Bukan semua pelatih yang menjalani latihan komando akan berjaya melepasi kesemua ujian dan cabaran yang diberikan kepada mereka. Ramai juga di antara mereka yang mengalah dan berputus asa kerana tidak lagi dapat bertahan dengan modul latihan yang perlu ditempuhi.

Bagi memastikan anggota-anggota di dalam pasukan elit mereka ini menjadi anggota yang terlatih bersesuaian dengan skop tugas kerja mereka yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental untuk menjaga keselamatan negara, latihan-latihan yang akan dilalui memerlukan pelbagai siri ujian.

pasukan khas malaysia
Kenali Komando Malaysia

Gambar-gambar yang anda lihat di atas adalah sebahagian daripada latihan yang perlu dilalui oleh pelatih sebelum mereka bergelar seorang komando. Sebab itulah seseorang komando itu akan sentiasa berasa bangga kerana mereka dapat berkhidmat di dalam unit khas itu.

Banyak lagi latihan-latihan atau modul-modul yang perlu diikuti oleh anggota komando secara berperingkat.

Bekas-bekas luka seorang pelatih akan bertukar menjadi parut-parut seorang perajurit.

VIDEO LATIHAN PAYUNG TERJUN BEBAS OLEH PASKAU

Sumber: facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *