Lebih 1,400 Pendatang Dicekup Ketika Masuk Ke Negara Ini Kini Ditahan Di Pusat Imigresen

pendatang

Seramai 1,408 pendatang yang ditahan ketika cuba melepasi sempadan negara melalui ‘jalan tikus’ sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dibawa ke pusat tahanan Imigresen.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya lagi, mereka telah berjaya melepasi sempadan negara. Justeru itu mereka adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen negara ini.

Lebih 1,400 Pendatang Dicekup. Ramainya..

“Jabatan Imegresen Malaysia ada dua prosedur. Mereka yang belum sempat masuk ke sempadan, kita akan usir keluar. Kita sudah dengar beberapa bot milik Rohingya, misalnya. Mereka belum sempat masuk kita sudah usir keluar.

“Walaupun ramai yang marah kerana kita dianggap kej4m, sebenarnya kita tidaklah kej4m. Kita beri makanan lagi untuk mereka…Itu yang belum masuk sempadan kita,” katanya dalam sidang media harian perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Datuk Seri Ismail merujuk kepada tindakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 16 April lalu ketika berjaya menggagalkan cubaan sejumlah 200 orang etnik Rohingya untuk berlabuh di Pulau Langkawi.


pendatang asing ditahan
Salah sebuah pesawat Hercules milik TUDM yang membuat rondaan dari udara. Pesawat ini popular di kalangan anggota TUDM sebagai pesawat Charlie.

Pihak TUDM memaklumkan bot itu telah dikesan di kedudukan 70 batu nautika (129.6km) di bahagian barat pulau Langkawi.

Reuters pula melaporkan pada hari yang sama bahawa tidak kurang 20 orang Rohingya meninggal dvnia ketika hanyut selama beberapa minggu selepas gagal menuju ke Malaysia. Salah Malaysia ke?

Bagi pendatang yang berjaya melepasi sempadan negara pula, mereka ditempatkan di pusat tahanan Imigresen sebelum didakwa di mahkamah.

Katanya; “Mereka yang sudah masuk ke sempadan negara, kita tak boleh usir mereka lagi. Ini kerana mengikut undang-undang antarabangsa, pendatang tanpa izin ini mesti dibawa ke darat jika mereka ditemui di laut dan prosedurnya adalah mereka akan ditahan di pusat tahanan dulu.

“Kemudian mereka akan dibicara di mahkamah, apabila mahkamah menjatuhkan hukuman, selepas tamat tempoh hukuman kita akan hantar mereka balik,” katanya lagi seperti yang dipetik dari Malaysia Kini.

Adakah undang-undang kita sekarang ini tidak begitu efisyen atau ianya bersesuaian berlandaskan undang-undang antarabangsa? Apapun kita hanya mengharapkan agar sempadan negara kita di kawal rapi di sepanjang pantai dan laluan yang mereka boleh lolos.

Semoga dengan adanya Pasukan Khas yang diketuai oleh ATM, sempadan negara kita lebih selamat dan jumlah kemasukan pendatang boleh diminimakan. Undang-undang yang ketat juga akan menyebabkan pendatang merasa takut untuk ke negara ini.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!