Lebih 300 Budak Positif C0VID-19. Perlu Ke Bawa Anak Cari Baju Raya?

budak positif c0vid-19

Kenapa masih ramai lagi keluarga yang bawa anak-anak keluar untuk membeli baju raya? Tak sayang anak ke? Jangan biarkan nyawa anak dalam bahaya hanya kerana baju raya. Anda kena tahu bahawa lebih 300 budak positif C0VID-19 di Malaysia.

Lebih 317 Budak Positif C0VID-19. Tak Takut Ke?

Sebagai ibu bapak anda semua tahu tak, dua hari lepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif C0VID-19 dari kalangan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Ini serius ni tuan-tuan.

Bayangkan anak-anak anda jika disyakki terkena C0VID-19? Untuk mengikuti ujian saringannya sahaja sudah menyebabkan anak anda merasa tersiksa. Tolonglah, untuk tahun ini cukuplah sekadar bersederhana menyambut hariraya.

bawa anak beli baju raya
Jika benar, perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan bahawa daripada jumlah kes C0VID-19, 112 kes atau 35 peratus dilaporkan adalah dari kalangan kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi berusia kurang setahun.

Walaupun sehingga setakat ini tiada kes kem4tian akibat C0VID-19 dicatatkan dari kalangan kanak-kanak (berusia) bawah 12 tahun ini.


Selangor Catat Kes Paling Tinggi

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dikalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes. Kemudian diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 28 kes dan Sabah (26 kes).

Bawa Ukuran Anak Sahaja

Wahai ibu dan ayah! Jadilah orang tua yang bijak. Anda sebagai penjaga dan ahli keluarga yang lebih tua sepatutnya melindungi mereka daripada bahaya Covid-19 yang menjadi pandemik seluruh dunia ini.

Jika anda memberi alasan saiz palaian anak, apa salahnya ukur siap-siap di rumah dan bawa ukuran ke kedai baju. Mintalah pertolongan jurujual untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan ukuran badan anak anda.

Selain itu, berilah penerangan kepada anak-anak anda tentang bahaya C0VID-19. Ajar mereka juga supaya mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun, serta sangat digalakkan memakai penutup muka jika berada di kawasan umum.

Cuba Baca Ni Sebagai Pengajaran – Berbuka Puasa Beramai-ramai, 16 Ahli Keluarga Dijangkiti C0VID-19

Hanya anda yang mampu mengubahnya. Orang lain hanya sekadar memberi peringatan sahaja. Lagipun budak positif C0VID-19 memang dah ramai. Jadi hati-hatilah.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!