Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan Mereka

Lelaki Bujang Lebih Sukakan Janda

Abang pilih yang mana…Perawan atau janda…Perawan memang menawan…JANDA lebih menggoda… Itulah lirik lagu yang cukup popular yang dinyanyikan oleh Cita Citata.

Jadi…. Benarkah lelaki bujang sekarang lebih sukakan janda untuk dijadikan pasangan mereka daripada gadis perawan? Kalau benar mengapa mereka lebih sukakan janda?

Perkara ini sedikit sebanyak menyedarkan dan memberi sedikit pengetahuan kepada wanita yang belum berkahwin mempelajari bagaimana untuk memikat hati bakal suami seterusnya supaya lebih tahu untuk melayan suami.

Gadis-gadis yang belum berkahwin eloklah mengambil tahu sebab-sebab kenapa lelaki lebih suka janda untuk dijadikan isteri mereka.

janda
Kadang-kadang penampilan seorang janda lebih menarik daripada gadis muda.

Ini kerana janda sedar bahawa alam perkahwinan tidak sama seperti yang ditunjukkan di dalam drama-drama TV. Hanya mereka yang pernah bercerai sahaja mengetahui bahawa pentingnya mempertahankan sesebuah perkahwinan. Kuncinya mudah sahaja iaitu dengan memastikan ego tidak menguasai diri. Jadi, anda dianggap bertuah jika berkahwin dengan seorang janda.


Kenapa Janda menjadi pilihan sesetengah lelaki? Antara jawapannya ada di bawah ini:

LEBIH BERPENGALAMAN

Walaupun mereka pernah mengalami kegagalan, namun mereka telah melalui pengalaman dalam dunia berumahtangga. Dengan status janda yang mereka bawa, mereka akan lebih berhati-hati dalam memulakan hubungan yang baru. Kerana mereka tidak mahu lagi gagal bagi kali kedua.

LEBIH MENGHARGAI PASANGAN

Walaupun mereka pernah bercerai, tidak bererti mereka golongan janda tidak menghargai pasangan mereka. Akan datang mereka akan lebih berhati-hati dan lebih menghargai terhadap hubungan baru sekiranya terjalin kembali. Ini kerana pengalaman lalu mengajar mereka. Jika mendapat pasangan baru masih di takuk lama, mereka bukan termasuk dalam senarai yang dibincangkan ini.

kenapa lelaki bujang suka janda
Pengalaman lalu membuatkan janda lebih menghargai pasangan mereka

PANDAI MENGGODA

Tidak dinafikan ada juga janda yang menggoda suami orang. Ini juga berdasarkan pengalaman mereka yang lalu betapa pentingnya pasangan yang berpengalaman dan berkemampuan. Dalam bab melayan suami pula, mereka sudah bersedia. Ini kerana mereka sudah ada pengalaman dalam perkahwinan yang lalu. Jadi tidak perlu lagi diajar bagaimana cara untuk melayan suami.

BERSEDIA APA SAJA

Dalam apa jua keadaan termasuk jodoh, mereka lebih bersedia untuk menumpukan hidup alam berumahtangga. Pengalaman terdahulu mengajar mereka untuk memperbaiki kesilapan serta meneruskan apa kebaikan yang ada pada diri mereka. Sebagai contoh mudah adalah berkaitan dengan anak. Bagi janda mereka tiada istilah “tidak mahu anak lagi” kerana mereka lebih bahagia jika suami mereka bahagia tambahan dengan kehadiran anak. Asalkan si suami turut membantu dan tidak berkira sangat untuk memberi nafkah.

 lelaki sukakan janda
Kehadiran anak adalah sebagai bonus kepada kebahagiaan mereka

SENANG BERKIRA

Apa sahaja masalah yang timbul kelak, mereka boleh bertolak ansur dengan suami. Pengalaman lalu mengajar mereka menjadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal. Mungkin dulu mereka terlalu berkira dalam beberapa aspek.

MUDAH MESRA

Mereka lebih pandai bergaul dan mudah mesra. Mereka akan menjadi lebih terbuka, peramah dan tidak suka orang lain memandang rendah pada diri mereka terutamanya berkaitan dengan perkahwinan terdahulu. Jadi, tiada istilah mereka bersikap sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga sebelah suami. Secara spontan mereka memang pandai membawa diri.

lelaki memang suka janda
Gambar Hiasan

ADA SEGALANYA

Selepas bercerai janda akan lebih berusaha. Ada janda yang menjadikan kegagalan mereka pada perkahwinan pertama sebagai cabaran untuk mereka lebih berjaya daripada semasa mereka mempunyai suami dahulu. Dan seperti yang kita ketahui, ramai janda-janda telah berjaya membuktikan mereka telah berjaya melebihi orang yang bersuami.

suka janda
Janda ada segalanya

MULUT MANIS

Nak hidup mesti kena pandai dalam segala hal. Biasanya janda pandai jaga hati dan mengambil hati. Lelaki juga akan cair dengar ayat-ayat manis dari seorang janda. Biasanya janda tidak terlalu memilih asalkan dia nampak lelaki itu mampu untuk menjaganya.

lelaki lebih suka janda
Seorang janda harus mudah mesra serta mulut manis

PANDAI JAGA PASANGAN

Oleh kerana mereka pernah menempuh alam perkahwinan, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tidak akan mengulangi kesilapan dalam hubungan dengan suami seperti sebelum ini. Sudah pasti suami pergi kerja atau balik dari kerja makanan sudah disediakan. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak dan mengambil masa. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan atau ada yang bangun pukul 10 pagi.

PANDAI MENCARI REZEKI

Bukan menafikan gadis perawan tidak pandai mencari rezeki. Zaman sekarang ramai yang pandai mencari rezeki. Namun pengalaman janda yang pernah bersusah payah sebelum ini kerana ditinggalkan suami (ada yang tidak memberi nafkah anak) menjadikan mereka sangat kental berganda berbanding orang bujang. Paling bagus, mereka tidak lagi memilih kerja asalkan menjadi duit dan halal. Golongan ini sudah biasa tidak cukup tidur dalam menguruskan anak-anak serta mencari rezeki semasa hidup sendiri tanpa seorang suami dahulu. Jadi tidak mustahil janda lebih sikit dalam bab ini.

lelaki suka kahwin janda
Biasanya janda pandai mencari rezeki sendiri

TAHU SERBA SERBI

Semasa bergelar janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Sudah pasti mereka tahu semua benda walaupun sebelum ini hanya diuruskan oleh kaum lelaki. Bagi janda yang tidak mempunyai anak, sudah pasti mereka lebih suka belajar dan berusaha memajukan diri sendiri dalam segala hal. Jika bab memasak, janda memang terkehadapan. Resepi apa yang suami minta, dia sememangnya mampu menyediakan untuk anda.

BACA JUGA: Ciri-Ciri Wanita Yang Wajib Dijadikan Isteri

PENTINGKAN KECANTIKAN

Kebiasaannya penampilan seorang janda sangat berbeza dengan gadis. Ini kerana mereka perlu menjaga nilai diri mereka supaya orang tidak memandang rendah kepada mereka. Kecantikan juga adalah salah satu senjata untuk memikat lelaki.

lelaki suka janda
Tidak dapat dinafikan jika seorang janda itu memiliki tubuh yang cantik

PANDAI JAGA BADAN

Semasa mula-mula bersuami dulu, mungkin ada yang tidak mengambil berat tentang kecantikan terutama dalam bab menjaga badan. Ada yang cakap, “bukan ada orang nak dah”. Apabila bercerai, mereka mula sedar salah satu faktor ditinggalkan mungkin kerana tidak menjaga badan. Selepas bercerai biasanya mereka automatik akan pandai menjaga badan dan kesihatan.

Mungkin disebabkan mahu sentiasa nampak cantik dan menarik selepas status mereka menjadi janda. Mereka akan lebih pandai menghargai tubuh badan dan kesihatan untuk mengelak orang lain memandang rendah kepada mereka. Pernah tak anda melihat janda sangat bergetah? Pernah bukan? Walhal sebelum bergelar janda agak kurang menarik.

PERKAHWINAN SIMPLE

Zaman sekarang berkahwin dengan gadis memerlukan belanja yang sangat tinggi dan majlis yang besar-besar. Namun biasanya jika berkahwin dengan janda tidaklah terlalu mahal dan majlisnya juga simple sahaja (sebahagian). Mereka lebih pandai berjimat. Niat mereka cuma satu. Untuk masa depan diri dan anak-anak (jika ada anak). Jika bernasib baik, lelaki yang berkahwin dengan janda, akan ditaja oleh janda itu sendiri. Jangan pula ambik kesempatan atau hanya nak kahwin free.

kenapa lelaki memilih janda
Perkahwinan biasanya simple dan majlis yang sederhana

RUMUSAN

Gadis atau janda wajib mengetahui pentingya tiga elemen iaitu komunikasi, keterbukaan dan kepercayaan antara satu sama lain kerana ketiga-tiga elemen tersebut merupakan kunci kebahagiaan dalam berumahtangga.

PENUTUP

Umumnya lelaki lebih sukakan perempuan yang bersedia untuk melakukan perkara-perkara yang disebutkan diatas. Bagi gadis pula, jadikan sebab-sebab di atas sebagai cabaran atau tips supaya apabila berkahwin, menjadi isteri yang tahu selok belok berumahtangga. Jika anda kaki tidur atau apa-apa yang negatif, tinggalkan tabiat itu.?

JADI ABANG PILIH YANG MANA?

Semoga ianya menjadi cabaran berguna untuk si gadis dan si janda. Jadikan satu persaingan sihat untuk menempuh alam kehidupan berumahtangga.

– AnakBapak –



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

20 Comments

  1. Janda terdesak memggoda suami orang. Abang tak cakappun ada isteri. Janda tu kata tak nak duit, nak kongsi kasih je. Cakap lagi duit boleh dicari. Namun kikis juga duit suami orang. Jumpa calon madu kata Ada pengalaman bermadu, baik dengan madu.
    Rupanya janda ni tak sependapat dengan anak, anak tak izin kahwin lain.
    Keinginan goda dan kahwin lain tak kesampaian. Apa sebab, isteri calon madu hidup terzalimi oleh perkahwinan bertindak waspada untuk masa depan anak². Akhir kata berhati-hatilah janda, tak perlu menggoda untuk mencari jodoh. Jagalah peribadi sebagai muslimat sejati.

    1. Iya sangat betul kdng manusia kita x tahu hati dia mcm mna sbb to skrng bnyak kes dera ank .. Lebih baik x paya kahwin dripada ank yg menderita ☺☺

    2. Tak semua mcm Tu , mcm Saya Janda tp Saya tk goda suami org , sta Kerja dan cari duit hasil titik peluh sendiri, memang berniat utk kawen lg tp bkn dgn suami org , Biar Duda atau bujang asal jgn suami org , so jgn andaikan semua Janda mcm Tu .

      1. Setuju dgn Siti Yoob,bukan semua janda mcm tu.Beruntung lah & bersyukur la sbb anda x mendapat gelaran janda ttp jgn pernah menghakimi status seorang janda sbb anda x tahu apa yg d laluinya.Klu bab goda suami org gadis² jg cari sugar Daddy suami org tu untuk d jadikan source of financial.Ramai anak gadis yg sy kenal menjalinkan hubungan dgn suami org.So,tolong jgn point kpd janda shj…nanti kamu yg dapat gelaran tu baru tau rasa nya.Sekian.

  2. Bagi saya…kalau seseorang itu sudah jadi janda lebih dari 5 tahun…dia tak perlu seeseorang lelaki untuk di jadikan pasangan hidup…bahkan dia (janda) lebih senang hidup bersendirian tanpa suami…sebab dia (janda) sudah berada dalam zon selesa tak perlu nak gosok baju suami, tak perlu memasak untuk suami, tak perlu melayan batin suami, tak perlu ikut rutin harian suami dan bahkan tak mau menyusahkan diri sendiri…saya setuju dengan pendapat ini…
    Sekian komen saya….

  3. Pada intinya janda itu bisa memuaskan lelaki.
    Ingat lelaki butuh ke puasan dlm berhubungan sexs .
    Kalau it terpenuhi maka tidak akan berpinda hati

  4. Jgn pernah menggap janda rendah,bagaimana pun janda itu ada harga diri,walaupun ada keinginan untuk berkeluarga lgi tpi bukan dg suami orang,jgn sedikit dikit janda yg di salah kan,saya pribadi janda insyaallah masih bisa menjaga diri,yg herannya ada yg ngaku duda setelah di jajaki ternyata ada istri,apa yg bwgitu janda jga yg salah,status janda bukan lah di pinta tpi Allah yang menentukan,saya mohon jgn selalu janda jdi bahan omongan…

  5. jgn terlalu nak hina anak dara. lupa ke, janda yg kamu agungkan tu satu ketika dulu juga adalah anak dara? dulu dia pun zero juga.

    kalau nak kata perangai anak dara x senonoh. Janda tu masa dia anak dara dulu, mcm mana plak perangainya?

    dan lagi satu, kena selidik juga kenapa dia jadi janda. Tak semua perceraian tu berpunca dari kesalahan lelaki ya.

    peace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!