Video Lelaki Pakaian Kopiah Sembah Tokong Tular , Ada Pula Ambil Kesempatan Edit


Rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dengan pakaian seperti seorang Islam bertindak menyembah serta berdoa di hadapan sebuah mazbah (tokong kecil) menyebabkan ketidakselesaan umat Islam serta mencetuskan tanda tanya dan kemarahan netizen.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu didakwa direkod di sebuah taman perumahan di Tanjung Piandang, Perak mula menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Video itu menunjukkan seorang lelaki bermungkinan berbangsa Cina berusia lingkungan 40-an dengan lengkap berkopiah dan memakai kain pelikat dilihat sedang melutut dan menyembah serta berdoa sambil memegang colok di tokong kecil berkenaan. Perbuatannya dirakam oleh rakannya.

Perbuatan ini menimbulkan kemarahan dan kecaman banyak pihak. Satu laporan polis sudah dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Tanjung Piandang, pada jam 2.45 petang tadi.

Pihak AJK masjid mahu polis menyiasat motif dan tujuan lelaki itu berpakaian sedemikian sambil berdoa di hadapan tokong kecil. Perbuatan itu mengundang sensitiviti dan dilihat seolah-olah mempersendakan agama Islam.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata satu laporan sudah diterima oleh anggotanya pada jam 2.38 petang semalam berhubung video yang tular itu.

Pihaknya sudah pun menyerahkan kes itu kepada pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sumber: Berita Harian

ADA YANG AMBIL KESEMPARAN EDIT

Ab Rahman Yaacob
Kalau setakat seteru politik, agak-agak la. Foto – Facebook

Dalam pada itu, terdapat juga pihak lain yang mengambil kesempatan mengedit gambar tokong tersebut dengan meletakkan gambar Presiden PAS di dalamnya. Ia menunjukkan seolah-olah lelaki tersebut menyembah Presiden PAS. Adakah beliau menganggap Haji Hadi sebagai Tuhan?

Individu ini menangguk di air yang keruh walhal jika dilihat kepada profilnya beliau adalah seorang Islam. Orang Islam berpegang kepada kalimah Laa Ilaha Ilallah yang bermaksud tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Status facebooknya mungkin sudah dipadam. Semoga padam bukan takut kepada hukuman dunia, tetapi kepada Allah SWT.

Sumber: facebook

Semoga pihak yang terlibat mendapat pengajaran dan hukuman yang setimpal.

Apa komen anda? Min tidak hairan orang bukan Islam mempersendakan Islam namun menyedihkan jika orang Islam sendiri. Wallahu A’lam.



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!