Musim-musim perayaan ni berbagai cara yang kita boleh olah untuk adakan juga makanan kegemaran kita walau tanpa bahan yang mencukupi. Lemang juga boleh dijadikan inovasi supaya tidak perlu bersusah payah mencari buluh.
Jadi berkenan pula Min tengok lemang yang dikongsikan oleh Are Peace. Nampak macam boleh dicuba untuk jamuan nanti. Lagipun tin-tin minuman memang banyak yang belum dibuang.
CARA MENYEDIAKAN LEMANG DALAM TIN
Bahan-Bahan:
- 1 kg beras pulut
- 500g santan pekat (tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
1. Tin minuman hendaklah dibasuh bersih dan masukkan daun pisang.
2. Beras pulut juga perlu dibasuh bersih dan dimasukkan dalam tin dengan 3/4 muatan atau sukatan.
3. Masukkan santan sama paras dengan beras pulut.
4. Masukan tin ke dalam inner noxxa dan masukkan air dalam inner suku dari tin tersebut (sila rujuk gambar).
5. hp selama 30 mnit dengan noxxa kemudian keluarkan wap noxxa.
6. Masukkan tin ke dalam oven dan bakar 15 ke 20 mnit pada suhu 200°c.
7. Apabila sudah siap tunggu sehingga sejuk dan boleh keluarkan lemang dari dalam tin.
Apabila siap kesemuanya, boleh dihidangkan dan dimakan bersama rendang. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.
RESEPI LAIN: Ayam Goreng Singgit
NOTA
Jika anda tidak mempunyai ‘NOXXA’ terus saja bakar di dalam oven pada suhu 180°c dalam masa 1 jam 30 minit (Tertakluk kepada oven masing-masing). Tiada oven? Guna saja pengukus atau masak saja di dalam periuk nasi elektrik.
Apa komen anda? Jangan lupa LIKE dan SHARE dan layari page kami di Anak Bapak.
Kredit Resepi: Are Peace