Long Tiger Ditahan Semula Selepas Dibebaskan Semalam

long tiger ditahan semula

Long Tiger ditahan semula. Pemegang Kad UNHCR dari etnik R0hingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang anda semua sudah mula mengenalinya kini ditahan semula oleh polis di Muar, petang semalam. Mungkin Long Tiger lupa dia berada di negeri yng mana ketua polisnya adalah antara yang terbaik di negara ini.

Long Tiger Ditahan Semula

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, memaklumkan bahawa penahanan itu dibuat di IPD Muar kira-kira 5.45 petang sejurus selepas Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 34, dibebaskan daripada tahanan reman kerana disiasat atas kes fitnah.

Sebelum ini Long Tiger telah mencetvskan kontroversi kerana dipercayai memfitnah pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Menurut sumber Berita Harian, Long Tiger ditahan semula bersabit dengan satu lagi kes baharu yang dilaporkan di daerah Tangkak membabitkan elemen pemer4san.

Permohonan reman telah dibuat mengikut peruntukan Seksyen 11 K4nun Prosedur Jen4yah dan majistret telah membenarkan tah4nan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa (5 Mei). Esok lusa bebaslah tu.


Kes baharu tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 388 K4nun Kes3ksan yang memperuntukkan hukum4n penj4ra sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau seb4tan, tambah Datuk Ayob Khan.

Tegas beliau lagi, pihak polis mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam peringkat siasatan.

Semalam, Majistret Zuraidah Abu Bakar menolak permohonan pihak polis untuk menyambung reman terhadap Long Tiger bagi membantu siasatan lanjut kes fitn4h kerana mendapati tiada justifikasi kukuh dikemukakan bagi menyambung tempoh tah4nan reman selama lima hari.

Sebelum itu, Long Tiger ditahan di rumahnya di Muar pada 30 April lepas bagi membantu siasatan memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Long Tiger juga menjadi bualan netizen akhir-akhir ini kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitn4h pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Baca – Etnik R0hingya Tiada Sebarang Hak Di Negara Ini – Menteri Dalam Negeri

Berita Long Tiger ditahan semula tidak mengejutkan kita semua. Ini kerana kesilapan beliau sendiri menonjolkan diri dengan bercakap isu-isu yang sensitif. Jika kita bercakap baik dan benar, insyaAllah tiada apa-apa yang akan berlaku.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!