Lori Ikan TerbaIik Dan Orang Ramai Pakat Kutip. Kerugian Dianggarkan 20k

Lori Ikan Terbalik

Semalam tular lori ikan terbalik dan orang ramai didapati mengutip ikan di atas jalan telah tular di media sosial. Pada mulanya, ada warganet mengec4m tindakan orang ramai yang dilihat mengutip ikan tersebut, malah turut kelihatan ada juga kenderaan pacuan 4 roda juga turut berhenti untuk dimuatkan ikan-ikan tersebut.

Lori Ikan Terbalik

Pada petang Ahad, dikatakan sebuah lori 3 tan yang membawa muatan ikan kembung terbaIik di jalan susur lebuh raya selepas Jambatan Batu 5 dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang di Hilir Perak menjadi tumpuan orang ramai.

lori ikan terbalik 1

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata lori yang terbalik itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 45 tahun membawa muatan ikan kembung sebanyak 4 tan.

Pemilik Lori Ikan Terbalik Beri Keizinan?

Difahamkan kejadian berlaku selepas pemandu lori terbabit menge1ak kenderaan yang cuba memotonnya sehingga tidak dapat mengawal kenderaannya dan terbalik dan menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan dalam kejadian pada kira-kira jam 4.30 petang.


“Kejadian ini telah menarik perhatian orang awam yang lalu di situ dan mereka mula mengutip ikan-ikan yang bertaburan di atas jalan untuk dibawa pulang setelah mendapat kebenaran daripada pemilik syarikat di Sungai Besar.

“Pada masa yang sama, pekerja pemilik syarikat juga mengumpul semula ikan-ikan dan orang awam telah mengambil sebanyak kira-kira 300 kilogram daripadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad malam.

lori ikan terbalik 2

Beberapa gambar berkaitan kejadian itu termasuk orang ramai sedang berkumpul mengutip ikan telah tular di media sosial.

Beliau berkata kerja-kerja mengutip ikan selesai pada 7 petang dan kerug1an akibat kejadian itu dianggarkan bernilai RM20,000.

Pujian Warganet

Menurut sumber,  rata-rata warganet turut memuji sikap pemandu yang memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil ikan tersebut.

“Tuannya bagi ke? Kalau bagi oklah. Rezeki. Tapi kalau sebaliknya dah dinamakan mengambil kesempatan atas kepayahan org lain yakni (mencvri) bulan puasa ni.” tulis Izhar

“Bagus lah owner dah bagi ambik. Lagipun kalau biar atas jalan macam tu nanti busuk gitu je kena lenyek. terbaik lah taukey” tulis Ika

“Alhamdulillah owner dah suruh ambik. Rezeki orang-orang situ mungkin yang ambik tu semua golongan tak berkemampuan. InsyaAllah, Allah ganti rezeki lain untuk owner” tulis Safik

Rezeki kepada siapa yang dapat kena pula time PKP.

Artikel Lain – 9 Tips Perangkap Cicak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!