14 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Tulang

Makanan Untuk Kesihatan Tulang

Umum mengetahui kepentingan dan kebaikan bersenam. Antaranya ialah kerana ia mampu membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke, obesiti dan sebagainya. Disamping itu bersenam membantu menguatkan dan mengekalkan kesihatan tulang. Tidak semua orang-orang kita suka untuk bersenam. Mungkin disebabkan kesibukan tugas-tugas seharian. Jadi anda hendaklah mencari inisiatif dengan mengambil makanan terbaik untuk kesihatan tulang.

Pengambilan pemakanan yang bersesuaian membantu dalam menjaga kesihatan tulang. Tulang memerlukan nutrien yang spesifik seperti kalsium, magnesium, protein, asid lemak omega-3 serta vitamin D, A, C dan K. Dalam artikel ini disenaraikan makanan-makanan terbaik sebagai agen nutrien yang sangat penting untuk kesihatan tulang anda dan rasanya juga sedap dan membuatkan anda suka.

BUAH DAN JUS OREN

Buah dan jus oren merupakan sumber vitamin C yang baik. Ia menyumbang kepada kesihatan tulang selain membantu dalam pembentukan kolagen. Oren kaya dengan vitamin A yang sangat diperlukan dalam proses tumbesaran tulang dan pembezaan sel tubuh.

SUSU

Susu adalah antara sumber kalsium yang terbaik untuk menguatkan tulang. Secawan susu mampu membekalkan 1/3 daripada jumlah keperluan kalsium harian anda. Jika anda sedang berdiet pilihlah susu rendah lemak.

KEJU PARMESAN

Satu sudu besar keju parmesan mengandungi 63 mg kalsium. Keju juga merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi sedikit vitamin A. Jumlah kalorinya hanya kira-kira 21 kalori untuk setiap sudu besar.

SAYUR BAYAM

Sayur bayam sangat kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin A, C dan K. Selain rasanya yang sangat lazat, ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan rendah kalori. Jadi seharusnya anda masukan bayam dalam menu diet anda.

GAJUS

Gajus mengandungi sedikit kalsium dan vitamin K. Namun yang menjadikannya bagus untuk kesihatan tulang ialah terdapatnya kandungan magnesium, mineral serta protein di dalamnya.

BUAH KIWI

Buah kiwi kaya dengan vitamin C dan magnesium serta membekalkan kalsium, vitamin A dan K ke dalam diet harian. Ia juga rendah kalori dan sesuai dijadikan penambah rasa di dalam yogurt jika anda menggemarinya.

IKAN SALMON

Selain sumber protein yang baik, ikan salmon kaya dengan vitamin D dan asid lemak omega-3 yang membantu menguatkan tulang. Walaupun ikan ini mengandungi lemak sihat, jumlah kalorinya sangat rendah.

SUSU SOYA

Soya juga merupakan sumber protein dan asid lemak omega-3 yang sangat baik serta diperkaya dengan kalsium dan vitamin D yang menjadikannya sahabat baik tulang anda. Anda hanya perlu pastikan susu soya pilihan anda tidak mengandungi terlalu banyak gula tambahan.

JUS TOMATO

Jus tomato mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah magnesium, vitamin A dan C. Selain itu, ia juga mengandungi sedikit kalsium dan vitamin K.

SAYUR KALE

Sayur Kale kaya dengan kalsium serta semua jenis vitamin dan mineral yang ada. Selain dimakan ia boleh dijadikan jus.

KACANG WALNUT

Walnut merupakan sumber kalsium, protein, magnesium dan asid lemak omega-3 yang baik tetapi kalorinya agak tinggi. Jumlah yang sedikit sudah cukup mengenyangkan anda sehingga ke waktu makan yang seterusnya. Simpan walnut di dalam peti sejuk atau freezer bagi melindungi kandungan lemaknya.

KEJU CHEDDAR

Keju membekalkan kalsium dan protein yang tinggi tetapi dalam masa yang sama juga, lemak dan kalori pun terikut sekali. Oleh itu, anda hendaklah berwaspada dengan saiz hidangan anda. Sekeping keju cheddar mengandungi kira-kira 200 mg kalsium. Ia juga mengandungi vitamin A dan sedikit magnesium.

YOGURT

Yogurt merupakan sumber kalsium dan protein yang tinggi. Secawan yogurt biasa mengandungi 450 mg kalsium dan 12 mg protein. Oleh kerana terdapat pelbagai jenama yogurt dengan perisa yang berbeza-beza di pasaran, berhati-hati dengan gula tambahan serta kandungan kalorinya.

ASPARAGUS

Asparagus diperkaya dengan kalsium, magnesium, vitamin A, K dan C. Ia mengandungi protein dan rendah kalori. Bahkan satu cawan asparagus yang telah dimasak hanya berjumlah 40 kalori sahaja.

Sumber: Tini Lorna Lim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *