Sebelum kita membaca Muqaddam atau Al-Quran, biasanya kita akan membaca dan mengenali huruf-huruf Hijaiyah terlebih dahulu iaitu Alif Ba’ Ta’ sehingga Ya. Huruf ini fungsinya sama seperti ABC dan ia mempunyai maknya tersendiri bagi setiap huruf.
Apakah Makna-makna bagi setiap huruf tersebut? Mari kita baca hingga habis.
1. ( ALIF ) ertinya – TiadaTuhan Selain Allah.
2. ( BA’ ) ertinya – Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Buka dan Yang Tutup.
3. ( TA’ ) ertinya – Yang Menerima Taubat Dari Segala Hambanya.
4. ( TSA’ ) ertinya – Yang Maha Menetapkan Bagi Semua Makhluk.
5. ( JIM ) ertinya – Yang Maha Agung, dan Terpuji Serta Suci Akan Seluruh Nama-namanya.
6. ( KHA ) ertinya – Yang Haq, Maha Hidup, Penyayang dan Kekal.
7. ( KHO ) ertinya – Yang Mengetahui Akan Seluruh Perbuatan Hamba-hambanya.
8. ( DAL ) ertinya – Memberi Balasan Kepada Hambanya Baik atau Buruk.
9. ( DZAL ) ertinya – Yang Memiliki Seluruh Keagungan dan Kemuliaan.
10. ( RO ) ertinya – Yang Maha Lembut Terhadap Hamba-hambanya.
11. ( ZAI ) ertinya – Yang Merupakan Hiasan Hamba Terhadap Khaliknya.
12. ( SIN ) ertinya – Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.
13. ( SYEN ) ertinya – Hanya Kepada Allah Hamba Seorang Hamba Bersyukur.
14. ( SOD ) ertinya – Yang Maha Benar Akan Setiap Janji-janjinya.
15. ( DHO ) ertinya – Yang Maha dan Menampakkan Seluruh Tanda-tanda.
16. ( THO ) ertinya – Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana.
17. ( ZHO ) ertinya – Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan.
18. ( ‘AIN ) ertinya – Yang Maha Mengetahui Akan Hamba-hambanya.
19. ( GHAIN ) ertinya – Tempat Pengharapan Dari Semua Ciptaan.
20. ( FA ) ertinya – Yang Maha Menumbuhkan Biji-bijian dan Tumbuh-tumbuhan.
21. ( KOF ) ertinya – Yang Maha Kuasa Atas Segala Makhluknya.
22. ( KAF ) ertinya – Yang Maha Mencukupi dan Tidak Ada Satu Pun Yang Setara Dengan-Nya.
23. ( LAM ) ertinya – Yang Maha Kaya dan Pemurah Terhadap Hamba-hambanya.
24. ( MIM ) ertinya – Yang Memiliki Semua Kerajaan.
25. ( NUN ) ertinya – Cahaya Bagi Langit dan Bersumber Pada Cahaya Arasy-Nya.
26. ( WAUW ) ertinya – Tempat Bergantung Semua Makhluk dan Tidak Dipersekutukan.
27. ( HA ) ertinya – Maha Pemberi Petunjuk Kepada Seluruh Makhluknya.
28. ( LAM ALIF ) ertinya – Tidak Ada Tuhan Selain Allah dan Tidak Ada Sekutu Baginya.
29. ( HAMZAH ) ertinya – Yang Maha Pemberi Petunjuk Kepada Seluruh Makhluknya .
30. ( YA ) ertinya – Kekuasaan Allah Yang Terbuka Luas Bagi Seluruh Makhluknya.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian kita. Jangan lupa ajarkan kepada anak-anak anda supaya mereka boleh memahami atau mengerti bahawa kekuasaan Allah itu adalah nyata.
Jangan lupa SHARE agar bermanfaat untuk orang lain juga jika mereka membacanya dan semoga menjadi gudang pahala untuk kita semua.
Sumber: facebook
2 Comments