Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dilihat meneruskan pendekatan troll dalam menjawab kritikan terhadapnya iaitu kononnya ‘malu apa bossku’ haram.
Kritikan terbaru terhadap slogannya yang kini sangat popular itu membuatkan Najib yang kini mendapat gelaran Raja Troll membalas pengkritiknya.
Malu Apa Bossku
Kata Dato Seri Najib:
“Hari itu keluar fatwa troll adalah haram.
“Pagi ini ada yang kata ia haram untuk sebut ‘malu apa bossku’.
“Jangan terkejut jika esok tiba tiba ada yang kata bahawa ianya haram untuk sebut nama Najib. Tak lama lagi, mungkin main facebook juga akan dikatakan haram,” katanya melalui ciapan di Twitter.
Najib mengulas laporan media yang memetik pendakwah bebas Abu Syafiq menempelak penggunaan slogan ‘malu apa bossku’ melalui klip video di Facebooknya.
Kenyataan awal Abu Syafiq adalah seperti berikut:
“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?
“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.
“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.
Walaupun Abu Syafiq tidak menyebut nama Najib secara khusus, namun slogan yang popular dan sensasi itu merupakan antara penjenamaan semula bekas perdana menteri.
Video Abu Syafiq:
Hukum sebut MALU APA BOSSKUHARAM BID'AAH DHOLALAH JIKA PADA KES MAKSIAT DAN JENAYAH SERTA KELAKUAN TIDAK SENONOH.@ustazabusyafiqwww.facebook.com/AbuSyafiq1www.instagram.com/ustazabusyafiq#PAS #UMNO #maluapabossku #najibrazak #Maalaysia #Islam #PakatanHarapan
Dikirim oleh Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary pada Minggu, 17 Februari 2019
Ini pula komen netizen:
“Tapi ‘HARAM’ juga yg menang #AJL33 aritu. Malu Apa Bossku, janji mainkan peranan sbg PEMBANGKANG itu WAJIB..”
“Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya..”
“Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara perkara yang telah diketahui manusia daripada kalimat kenabian terdahulu adalah, jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (Riwayat Bukhari)..”
“Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT..”
“Apa yg saya faham, malu itu separuh daripada iman. Maksudnya Malu untuk buat maksiat, malu untuk buat dosa, malu untuk jadi pembelot agama. Tapi kalau malu nak cari ilmu, malu buat ibadah, malu nak tolong orang, malu menegakkan keadilan itu dilarang. Wallahu’alam. Malu apa bossku rasanya lebih kepada ‘malu apa, nak berkata yang benar.
Kita berharap isu ini dapat diutarakan kepada ilmuwan agama yang lebih arif tentang perkara ini. Semoga mereka yang lebih tahu tampil untuk beri penjelasan. Jadi kita tunggu Mufti Wilayah Persukutan atau mufti mana-mana negeri pula.
Baca – Anak Angkat 9 Tahun Rupanya Berusia 22 Tahun
Sumber: Limau Manis
1 Comment