Pelanggan Terkejut Mangkuk Di Caj 30 Sen

Caj menggunakan mangkuk 30 sen

Macam kejadian pelik berlaku sejak dua menjak ini. Masing-masing mencari keuntungan atau mengambil kesempatan. Terbaru adalah bagaimana sebuah restoren mamak membuat kejutan apabila mangkuk di cas 30 sen. Mangkuk itu dibuat alas meletak minuman di dalam plastik oleh seorang pelanggan wanita seperti mana yang dilaporkan oleh utusan.

Mangkuk Di Caj 30 Sen

Kejadian tersebut berlaku di sebuah restoren mamak di sekitar negeri Selangor baru-baru ini mengejutkan seorang pelanggan wanita. Wanita tersebut dilaporkan meminta mangkuk untuk meletakkan minumannya iaitu teh o air limau supaya tidak tertumpah ketika beliau menikmati hidangan di situ.

mangkuk di caj 30 sen
Gambar dan resit sebagai bukti dimuat naik oleh wanita terbabit. Photo: Utusan

Tujuan wanita itu memuatnaik foto resit pembayaran dan mangkuk tersebut ke dalam media sosial bukannya kerana tidak mampu membayar caj tersebut tetapi beliau hanya mahukan padangan daripada orang ramai. Wajarkah restoren tersebut berbuat demikian?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Hulu Selangor memberitahu, perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan meminta agar kes tersebut dibawa ke ibu pejabat Kementerian itu.

Apa yang dapat dikatakan adalah kejadian tersebut sangat berbeza kerana pelanggan tersebut  telah memesan minuman yang dibungkus, namun masih lagi gunakan perkakas dari restoren berkenaan. Kes ini menjadi agak sukar untuk diadili kes.


Sinchew melaporkan, pihak KPDNHEP sarankan agar wanita berkenaan buat laporan berkaitan mangkuk di caj 30 sen itu kepada pihak berkuasa. Tujuannya adalah supaya kes tersebut boleh dibuka. Jika restoren berkenaan telah melanggar pertaturan atau undang-undang, maka tindakan akan diambil.

Bagi admin, kalau kita sebagai peniaga sekalipun tak perlu sampai mangkuk di caj 30 sen, kalau mahu mengejar keuntungan berganda, jangan sampai menekan pelanggan dengan berbagai caj yang dikira tidak munasabah di negara ini. Ini kerana, setakat menggunakan peralatan biasa itu, kita tidak akan mengalami apa-apa kerugianpun.

Perniaga harus ingat, dengan adanya pelanggan perniagaan mereka mampu pergi lebih jauh. bagaimana jika pelanggan menjauhi kedai mereka? Renung-renungkan lah wahai peniaga sekelian – Anakbapak

Sumber:Utusan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!