Filipina Catatkan Mangsa Koronavirus Pertama Meninggal di Luar China

kematian pertama filipina

Mangsa koronavirus pertama meninggal di luar China telah dilaporkan di Filipina. Ia menjadikan kes pertama mangsa meninggal di luar China akibat koronavirus yang telah merebak beberapa negara di dunia. Keseluruhan kes setakat ini telah menyebabkan lebih daripada 300 orang meninggal, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Ahad (2 Feb).

Mangsa Koronavirus Pertama Meninggal di Filipina

mangsa koronavirus pertama meninggal
Orang ramai memakai topeng pelindung berjalan melepasi kawasan pegangan (L) yang ditubuhkan untuk pesakit yang disyaki dijangkiti virus yang berasal dari bandar Wuhan, di hospital Manila Doctors Hospital di Manila pada 31 Jan, 2020. (Foto: Ted ALJIBE / AFP via CNA)

Mangsa koronavirus pertama meninggal itu adalah seorang lelaki China berusia 44 tahun dari bandar Wuhan, di mana virus itu mula-mula dikesan.

“Ini adalah kes meninggal pertama yang dilaporkan di luar China,” kata Rabindra Abeyasinghe, wakil WHO ke Filipina, kepada pemberita sepertimana yang dilaporkan oleh agensi cna.

“Bagaimanapun, kita perlu mengambil perhatian bahawa ini bukan kes yang didapati di dalam negeri. Pesakit ini datang dari pusat epidemik ini,” tambah Abeyasinghe.

Mangsa meninggal dunia di sebuah hospital di Manila pada 1 Feb 2020. Sebelum ini mangsa tiba di Filipina dengan seorang wanita juga warga China yang juga positif virus tersebut, kata setiausaha kesihatan, Francisco Duque.


Mangsa adalah orang yang kedua yang disyaki positif virus tersebut di Filipina dan sedang dalam proses pemulihan di hospital.

Minggu lepas WHO mengisytiharkan sitausi kecemasan kesihatan global. Kem4tian yang pertama di luar China telah berlaku dalam masa kebanyakan negara telah menutup pintu sempadan mereka kepada pelancong dari China dalam usaha untuk menghentikan penyebarannya.

Filipina juga telah mengumumkan bahawa ia akan segera menghentikan ketibaan pelancong asing dari China. Amerika Syarikat, Australia dan Israel telah mengharamkan warga asing dari melawat jika mereka berada di China sejak 14 hari sebelumnya, dan memberi amaran kepada rakyat mereka sendiri dari membuat perjalanan ke sana.

Baca Juga – 5 Juta Telah Keluar Dari Wuhan Sebelum Arahan Berkurung Oleh Kerajaan

situasi di filipina
Filipina mengumumkan akan segera menghentikan ketibaan pelancong asing dari China

Rusia, Mongolia, dan Nepal telah menutup sempadan mereka, sementara Papua New Guinea menghalang sesiapa sahaja yang tiba dari pelabuhan atau lapangan terbang di seluruh Asia.

Setakat berita ini dilaporkan, jumlah mangsa meninggal di China meningkat kepada 304 pada hari Ahad, dengan pihak berkuasa melaporkan 45 kem4tian baru dari hari sebelumnya.

Terdapat 2,590 kes baru yang disahkan di China, menjadikan jumlah keseluruhan hampir kepada 14,500.

Sumber: cna


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *