Md Rayhan Kena Reman 2 Minggu

md rayhan

Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir direman selama 14 hari bagi membantu siasatan susulan berbagai dakwaannya terhadap pihak berkuasa Malaysia menerusi dokumentari terbitan Al Jazeera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Md Rayhan Kabir berjaya ditahan oleh Unit Risikan Operasi, Jabatan Imigresen Putrajaya, kira-kira jam 5.45 petang di Setapak semalam sebelum diserah kepada pihak polis kira-kira jam 6.00 petang pada hari yang sama.

Akhirnya Md Rayhan Kena 2 Minggu

“Pihak berkuasa sudah menangkap lelaki itu, semalam, dan dia direman selama 14 hari bagi membantu siasatan, bermula hari ini.

“Kita akan memastikan siasatan dilakukan dengan sebaik mungkin dan kemudian mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Datuk Seri hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (depan, tengah) bersama anggota RELA Larut, Matang dan Selama di Dewan Semai Bakti, FELDA Ijok, Perak. NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Majlis Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Larut, Matang dan Selama di Dewan Semai Bakti, FELDA Ijok, Selama, hari ini.


Menurut Berita Harian, pada 7 Julai lalu, Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam untuk menjejaki Md Rayhan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Ini berikutan dalam laporan khas yang disiarkan Al Jazeera, lelaki tersebut mendakwa dengan berbagai tohmahan berkaitan layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Baca: Kad UNHCR Tidak Akan Ditarik Balik – UNHCR

Datuk Seri Hamzah berkata, pihaknya melihat perkara itu sebagai sangat serius kerana ia membabitkan imej dan maruah negara ini. Beliau menegaskan, mana-mana warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini perlu mematuhi undang-undang negara dengan memiliki dokumen sah.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!