Jika Anda Ke Melaka Jangan Lupa Makan Mee Bodoh Hassan

Mee Goreng Bodoh Hassan

Terdapat sebuah gerai mee goreng yang sangat terkenal di Bandar Hilir Melaka. Ianya dikenali sebagai gerai mee goreng bodoh. Pemilik gerai tersebut iaitu Encik Hassan telah mewarisi perniagaan tersebut daripada ibunya sejak tahun 1968.

Gerai ini di namakan gerai Mee Bodoh Hassan dibuka pada setiap hari kecuali Hari Jumaat mulai jam 0800 pagi. Biasanya di sekitar pukul 1130 pagi mee goreng bodoh ini telah habis dijual. masakan tidak habis awal, pelanggannya berbaris sejak awal pagi semata-mata untuk menikmati mee goreng bodoh.

mee goreng simple
Pelanggan memenuhi gerai mee bodoh sejak awal pagi

MEE GORENG BODOH

Hassan hanya menggoreng mee dengan sos cili, sambal dan taugeh. Memang jika kita lihat semasa Hassan menggoreng pun nampak bodoh kerana hanya ada taugeh. Tentu kita terfikir bagaimana orang boleh berbaris untuk menikmatinya. Kelazatannya menyebabkan orang ramai berbaris. Mereka tidak mengambil kisah walaupun di dalam mee tersebut hanya ada taugeh.

Istimewanya adalah pada sambal yang digunakan sebagai perencah untuk menggoreng. Anda sendiri boleh melihat bagaimana Hassan menggoreng mee tersebut. Sangat ringkas dan mudah. Namun menggoreng dalam kuantiti yang banyak tetap menggunakan tenaga. Manakan tidak pelanggan berbaris menunggu mee goreng istimewa ini untuk dinikmati.


mee goreng
Mee goreng bodoh ‘HASSAN’

Pekerjanya juga dilihat begitu sibuk melayani pelanggan. Pelanggan pula terpaksa berbaris panjang hanya untuk mendapatkan mee kegemaran mereka. Setiap mee goreng dihias dengan potongan timun dan diletakkan sambal. Mee goreng bodoh bertambah sedap jika di makan bersama telur mata kerbau yang juga turut diletakkan hirisan timun dan sambal.

Oleh itu tidak hairan jika anda melihat pelanggan berbaris untuk mendapatkan telur goreng istimewa itu. Telur ini mempunyai rasa yang unik kerana ia digoreng dengan sambal khas. Telur goreng dianggap sebagai pelengkap kepada mee bodoh ini.

Datangah ke Melaka sambil menikmati menu istimewa ini. Jika anda rasa teruja atau suka, sila kongsikan dengan kawan-kawan anda atau saudara mara anda. Jadikan pengalaman yang memuaskan di jalan utama Jalan Tengkera di Bandar Hilir Melaka.

VIDEO GERAI MEE BODOH HASSAN

Lokasi:

Hasan Mee Bodoh
Koordinat GPS: N2 12.183 E102 14.097
Waktu perniagaan: 8 pagi hingga selesai (Ditutup pada hari Jumaat)
Alamat: 390, Jalan Tengkera, Bandar Hilir, Melaka 75200

Sumber: Manaweblife


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!