5 Sebab Malaysia Menewaskan Thailand Dalam Separuh Akhir Kedua Piala AFF 2018

Faktor Kemenangan Malaysia

LIMA sebab Malaysia menang ke atas Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok.

1. Mohamadou Sumareh Sebagai ‘X-faktor’

Sumareh
Kehadiran pemain ini telah mengubah permainan Harimau Malaya

Kehadiran Mohamadou Sumareh yang menjadi ‘X-faktor’ kepada kekuatan Harimau Malaya. Justeru, kembalinya Sumareh selepas disahkan bebas daripada kecederaan telah melonjak semangat rakan sepasukan. Kemampuan pemain naturalisasi ini melakukan larian deras dari sebelah kanan hingga mengucar-kacirkan benteng pertahanan Thailand berjaya menghasilkan gol.

2. Kelebihan Selaku Pasukan Pelawat

Skuad Harimau Malaya memiliki sedikit kelebihan dengan menggunakan peraturan gol di tempat lawan. Malaysia hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tiket ke final.


3. ‘Magis’ Tan Cheng Hoe

Faktor magis Tan Cheng Hoe juga membantu skuad negara kerana jurulatih itu cukup bijak menyusun strategi mengikut kekuatan dan kelemahan pasukan lawan. Aksi pertama di Bukit Jalil tempoh hari dianalisa bagi memerangkap Thailand yang cuba mengamalkan corak permainan menyerang dengan Malaysia membuat serangan balas.

Tan Cheng Hoe
Tan Cheng Hoe

4. Prestasi Norshahrul Idlan Talaha Yang Meningkat

Selain nilai ‘X-faktor’dari Sumareh, prestasi Norshahrul Idlan Talaha selaku penjaring terbanyak negara dengan empat gol dalam kempen kali ini tidak harus dipandang sepi kerana dia telah mengubah keputusan perlawanan. Pengalamannya beraksi dalam tiga kempen Piala AFF termasuk dua kali mara ke final pada 2010 (juara) dan 2014 (naib juara) menjadi aset berguna di Bangkok.

5. Penyokong Harimau Malaya

kehadiran penyokong Harimau Malaya di Bangkok telah menaikkan semangat pemain negara yang sememangnya mengharapkan sokongan padu penyokong terutama Ultras Malaya.

Ultras Malaya
Kehadiran Ultras Malaya menambah semangat pemain

Sementara itu, berikut adalah lima sebab Thailand tewas kepada Malaysia dalam separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala.

1. Tekanan Sebagai Juara Bertahan

Status selaku juara bertahan dua kali berturut-turut 2014 dan 2016 sudah pasti memberi tekanan kepada pemain tuan rumah ketika Malaysia ‘nothing to lose’.

Thailand
Thailand adalah juara AFF 2016

2. Thailand sebagai tuan rumah

Selepas seri tanpa jaringan di separuh akhir pertama, Thailand tidak boleh melepaskan sebarang gol kepada Malaysia yang tampil sebagai pasukan pelawat dengan peraturan gol di tempat lawan tetapi mereka telah melepaskan 2 gol dan gagal dalam sepakan penalti.

Benteng pertahanan Thailand perlu mengawasi empat pemain lincah negara diketuai Mohamad Zaquan Adha, Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid dan Norshahrul Idlan Talaha sehinggakan mereka lupa atau alpa untuk mengawal pemain lain termasuk pemain yang menjaringkan gol pertama negara iaitu Muhammad Syahi Safari.

3. Tiada Lagi ‘Tiki-Taka’

Thailand tidak sehebat ketika dibimbing oleh Kiatisuk Senamuang yang mengamalkan corak permainan terbuka ‘ala tiki-taka’ berbanding pengendali sekarang, Milovan Rajevac apabila menerapkan permainan tertutup serta agresif yang mudah dibaca pasukan lawan.

4. Tiga bintang Thailand tak dapat pelepasan kelab

Tanpa kelibat tiga pemain bertaraf bintang seperti Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda yang beraksi di Liga Jepun serta penjaga gol, Kawin Thamsatchanan yang kini beraksi bersama kelab OH Leuven di Belgium, kekuatan tuan rumah sedikit terjejas.

Mereka bertiga tidak dapat beraksi selepas gagal mendapatkan pelepasan kelab masing-masing dan ini juga faktor pasukan Harimau Malaya mampu menumbangkan pasukan Thailand.

Teerasil Dangda
Ketiadaan Teerasil Dangda sedikit sebanyak menjejaskan pasukan Thailand

5. Penyerang Malaysia Lebih Pantas

Pertahanan Thailand tidak sepantas penyerang Malaysia dan ini memberi kesukaran kepada mereka untuk menyekat larian pemain Malaysia.

Itulah serba sedikit faktor-faktor kemenangan pasukan Harimau Malaya dan kekalahan Pasukan Gajah Perang. Kejayaan menyekat Thailand menunjukkan bahawa bolesepak Malaysia tidak ketinggalan dan Haraimau Malaya mampu untuk menjadi kuasa besar bolasepak rantau ini.

Sumber: Metro


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!