5 Tips Mudah Menangani Murid Bermasalah

5 Tips Menangani Murid Bermasalah

Apabila memasuki alam persekolahan kita akan dapat lihat berbagai gaya dan ragam murid-murid tahun 1. Ada yang seperti sudah biasa dengan alam persekolahan dan ada juga yang seolah-olah baru kali pertama berada dalam situasi begitu. Dalam ramai-ramai pelajar tersebut sudah tentu ada yang mempunyai masalah tersendiri seperti lambat menulis, pelat, lambat bercakap, tulisan tidak cantik dan hyperaktif. Guru-guru perlu menangani murid bermasalah dengan bijak.

Tips tangani murid bermasalah
Gambar sekadar hiasan

Jadi bagi mengatasi masalah tersebut di sini kami kongsikan 5 tips mudah menangani murid bermasalah seperti yang dikongsikan oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS). Ianya nampak mudah dan ianya boleh dilakukan oleh guru-guru atau ibubapa.

1) Murid Lambat Menulis:

Penyelesaian: Arahkan murid membuat lompat bintang di atas tilam atau di tempat yang lembut. Ibu bapa boleh suruh anak lompat di rumah. Jika di sekolah biasanya ada tilam yang diguakan untuk pendidikan jasmani dan bolehlah digunakan semasa program tersebut dijalankan.

Fakta: Apabla tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.


cara mendekati pelajar bermasalah
kanak-kanak sedang membuat lompat bintang

2) Murid Bercakap Pelat:

Penyelesaian: Arahkan murid berkenaan bergayut (contohnya di monkey bar). sambil bergayut arahkan murid tersebut menyebut perkataan yang sukar disebut.

Fakta: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan atau menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

cara tangani pelajar bermasalah
Kanak-kanak ini sedang bergayut

3) Murid Lambat Bercakap:

Penyelesaian: Bawa murid untuk lakukan aktiviti turun naik tangga, aktiviti meniup belon atau buih sabun dan minum menggunakan straw.

Fakta: Melonggarkan artikulasi murid

cara selesaikan masalah pelajar
Aktiviti meniup belon juga mempunyai kelebihan yang tersendiri

4) Tulisan Tidak Cantik:

Penyelesaian: Berikan murid berkenaan pensil yang berbentuk segitiga.

Fakta: Mudah digenggam atau grip oleh murid.

cara menangani murid yang bermasalah
Pensil tiga segi

5) Murid Hiperaktif:

Penyelesaian: Gunakan berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut. Elok buat di rumah terutama semasa mandi.

Fakta: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang. Apabila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

cara bantu murid bermasalah
Gosok dengan berus lembut di mana-mana bahagian tubuh anak yang hyperaktif

Bukan saja dibuat oleh guru di sekolah, ibubapa juga boleh melakukan di rumah kerana ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak. Selamat mencuba.

Sumber: facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!