Moratorium 6 Bulan: Tiada Caj Tambahan Jika Bayar Sebelum Jun 2020 (Apakah Maksudnya?)

Moratorium 6 bulan

Sila baca perkembangan terbaru tentang Moratorium 6 bulan dari 1 Apr 2020 hingga 30 September 2020. Peminjam Pinjaman sewa beli yang telah memilih untuk mengambil bahagian dalam moratorium enam bulan seperti tarikh yang dinyatakan akan diberi pilihan dari segi membuat pembayaran balik.

Moratorium 6 Bulan: Tiada Caj Tambahan Jika Bayar Sebelum Jun 2020 (Apakah Maksudnya?)

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan berkata, pelanggan boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.

“Mereka juga boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.

“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan,” katanya.

Menurut ABM, bagi pelanggan sewa beli yang tidak membuat pengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.


“Ini bermakna, pelanggan perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal,” katanya.

(DULU TAK BAGITAHU AWAL-AWAL SUPAYA BALAS PENGESAHAN. MUNGKIN ADA YANG TAK UPADTE NO HP DAN ALAMAT TERKINI SELEPAS BERPINDAH. INI MENDATANGKAN MASALAH KEPADA PEMINJAM)

Walau bagaimanapun, katanya bank tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih dari 30 Jun 2020.

“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru bermula Julai 2020 dan seterusnya,” katanya. (BAGI SESIAPA YANG AMBIL MUDAH, AKAN KENA!)

Sumber: HMetro

KENYATAAN BANK NEGARA SEBELUM ITU – TERUSKAN MEMBACA

Bermula hari ini (30 April 2020), peminjam sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan proses penangguhan pembayaran sepertimana yang diumumkan oleh BANK Negara Malaysia (BNM).

Notis tersebut akan diberikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar oleh institusi perbankan masing-masing berhubung langkah yang perlu diambil bagi menyempurnakan proses itu di bawah moratorium.

Menurut kenyataan BNM, Institusi perbankan dalam proses memformalkan perjanjian susulan daripada pengumuman oleh pihaknya pada 25 Mac lalu.

Ianya bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan peminjam yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium enam bulan.

Langkah itu adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian itu.

Ia termasuklah perubahan kepada jadual pembayaran dan atau jumlah pembayaran berikutan moratorium.

Sehubungan itu, BNM meminta institusi perbankan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan peminjam atau pelanggan diberikan maklumat jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian.

Selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), institusi perbankan juga akan menyediakan setiap peminjam maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap.

BNM berkata, maklumat itu perlu mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah atau keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

Peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian sedia ada.

Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium.

Institusi perbankan juga tidak akan mengenakan caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh itu sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang dipersetujui.

Apa Komen Anda? Min rasa esok kena call bank personally atau kita tunggu maklumat terbaru dari Bank Negara Malaysia. Min pun masih konfius, dulu ada kata abaikan mesej melainkan jika kita tidak mahu mengambil bahagian.

Sumber: HMetro


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!