Cara Buat Roti Nan Cheese dan Garlic Sukatan Cawan

roti nan

Biasanya roti canai kebanyakan orang sudah pandai membuatnya. Kalau malas nak buat sekalipun pergi je restoren mamak tentu boleh makan samada roti canai atau roti telur. Restoren melayu pun banyak dan menyediakan roti canai. Bagaimana pula roti nan?

Namun tak banyak kedai yang menjual roti tersebut. Roti nan ni sesuai untuk orang yang tidak suka makanan berminyak.

roti telur

Disebabkan roti nan hanya di jual di restoren tertentu, untuk mendapatkannya juga agak susah. Jadi apa kata kita buat sendiri je. Tak perlu ada tempat masak khas macam kedai mamak tu. Jadi, apa kata lita cuba buat sendiri berpandukan resepi yang dikongsi oleh Puan Fatihah Hamid ini.

Tengok perkogsian beliau nampak macam mudah untuk disediakan dan hasilnya pun nampak menarik. Berikut adalah cara nak buat roti nan.

CARA BUAT ROTI NAN CHEESE, GARLIC

cara buat roti nan cheese
Roti nan cheese dan garlic

Bahan-Bahan


3 cawan tepung gandum, Puan Fatimah guna bakers choice
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver. Boleh juga gunakan baking powder
1 + 1/4 cawan air
3 sudu besar minyak masak / Olive oil (Puan Fatimah campur keduanya)

CARA-CARA

1. Mula sekali gaulkan semua bahan di atas dan adunkan sehingga menjadi doh.
2. Kemudian tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik sehingga dua kali ganda.

resepi roti nan cheese sukatan cawan
hasil doh roti nan selepas diadun atau uli

3. Selepas doh direhatkan dan naik dah cantik, tumbuk-tumbuh doh untuk dikeluarkan angin.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut kesukaan anda. Selepas itu canai doh tersebut.

resepi roti nan sukatan cawan
Keadaan doh selepas direhatkan dan naik dua kali ganda

5. Kalau nak letakkan cheese, letakkan masa anda bulatkan doh dan canai selepas itu.
6. Begitu juga kalau nak perasa garlic. Anda boleh bubuh bawang putih yang dicincang atau ditumbuk, butter dan parsley atau daun ketumbar untuk disapu ketika masak nanti.

cara buat roti nan cheese mudah
Cara canai roti nan lebih kurang begini

7. Jika anda nak makan roti kosong, ikut langkah no.4 dan terus masak atas api.
8. Puan Fatimah masak roti nan atas Non Stick Pan sahaja.

cara buat roti nan simple
Anda boleh masa nan di atas pan

Masak menggunakan api yang paling slow dan tutup dengan tudung periuk ketika masak.  Bila sudah masak, angkat. Siap untuk di makan.

resepi roti naan garlic
Nan hasil air tangan Puan Fatimah. Nampak sedap

Roti Nan sedap dimakan bersama kuah kari, kuah sardin, kuah dal atau dimakan begitu sahaja. Terutama ketika panas-panas.

cara buat roti nan bantal
Boleh dimakan bersama kari atau lain-lain kuah atau sos

Baca – Murtabak Mini Kulit popiah

Apa tunggu lagu! Cubalah sendiri selepas ini. Jangan lupa komen atau kongsikan dengan kawan-kawan atau adik beradik resepi Puan Fatimah ini. Memang best dan tak perlu lepak mamak lagi.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!