Kisah Muhammad Alif Firdaus Menderita Penyakit Kulit Rapuh

Kisah Muhammad Alif Firdaus

Kisah Muhammad Alif Firdaus, 8 tahun adalah seorang kanak-kanak yang menderita kerana mengidap penyakit kulit rapuh atau Epidermolysis Bullos (EB). Beliau tetap hadir ke sekolah walaupun dirinya tidak seperti orang lain membuatkan semua orang yang mengenalinya serta rakan-rakannya terharu.

Adik Muhammad Alif Firdaus kini sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang. Walaupun hadir ke sekolah, Muhammad Alif tidak boleh aktif ke sana ke mari seperti kanak-kanak sekolah yang lain. Dia tidak boleh pergi ke kantin walaupun ketika waktu rehat. Dia juga tidak mampu untuk menyertai perhimpunan kerana bimbang jika dia terjatuh akan menyebabkan luka yang dialami semakin teruk.

Epidermolysis Bullos
Masih mampu ke sekolah walau menderita. Syabas adik Alif.

Tubuh Muhammad Alif Firdaus terpaksa dibalut setiap hari oleh ibunya, Puan Ruziah Ismail. Beliau tidak boleh memakai seluar sekolah seperti rakan-rakannya yang lain melainkan seluar sukan. Namun beliau boleh memakai baju sekolah. Dia juga hanya boleh memakai selipar disebabkan oleh luka yang dialaminya itu.

Ruziah memberitahu, Muhammad Alif akan menangis setiap kali beliau membuka balutan di tubuhnya. Ya Allah! Menderitanya kanak-kanak ini. Tangisan anaknya sudah sebati namun ada ketikanya beliau tidak kuat untuk menghadapinya. Namun dia terpaksa akur kerana apa yang berlaku kepada anaknya adalah takdir dan ujian daripada Allah swt.

EB
Kita lihat sajak sudah cukup terasa sakit

BACA: 10 KEGUNAAN LISTERINE SELAIN DARI BERKUMUR


Setiap hari Ruziah terpaksa berulang-alik ke sekolah anaknya sekurang-kurangnya tiga kali iaitu ketika waktu rehat. Dia juga terpaksa menukar lampin pakai buang anaknya itu kerana dia tidak mampu untuk menguruskan dirinya di tandas. Ini disebabkan jari anaknya kini sudah melekat antara satu sama lain akibat penyakit yang dialami.

alif3
Tangan Alif sudah bercantum antara satu sama lain

Kepada sesiapa yang ingin mengurangkan beban yang dialami oleh keluarga Muhammad Alif bolehlah menghulurkan bantuan seikhlas hati kepada Puan Ruziah. Anda boleh menghubungi Ruziah di talian 013-9628970 atau menerusi bank in ke akaun bank beliau. Hubungi Puan Ruziah untuk mendapatkan no akaun bank miliknya.

Kami mendoakan agar penderitaan Muhammad Alif berakhir dan penyakitnya diberi kesembuhan oleh Allah swt. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sumber: facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!