Murtabak Mini Kulit Popiah

Murtabak Mini Kulit Popia

Murtabak mini ni kalau pergi pasar malam pasti beli. Manakan tidak, rasanya memang sedap. Bagi keluarga besar, mungkin tidak mampu untuk beli setiap kali ke pasar malam. Jadi buat sendiri je sangat mudah. Kalau nak jimat lagi, uli tepung. sendiri macam nak buat roti canai.Sekarang ni kita cerita pasal Murtabak Mini Kulit Popiah.

Bahan-bahan

  • Kulit Popiah

Untuk Inti:

  • 2 – 4 biji telur ayam
  • 500 gram isi ayam atau daging – dicincang
  • 5 biji ubi kentang – di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar – dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Setangkai Daun Sup – dihiris
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak masak utk menumis.
Murtabak Mini
Bahan-bahan Utama

Cara Memasak Inti:

  • Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan bawang yang dihiris.
  • Masukkan rempah kari (bancuh dengan sedikit air). Masak rempah hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam atau daging dan ubikentang. Masukkan air separas dengan bahan-bahan yang dimasak. Jika air lebih, dikhuatiri inti menjadi lembik.
  • Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Masukkan serbuk perasa jika anda suka).
  • Masak hingga betul-betul kering. biarkan inti sejuk di dalam bekas.
Inti Murtabak mini
Memasak Inti

Menyediakan Murtabak Mini:

  • Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul. Masukkan ke dalam bekas inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
Inti
Proses Akhir Inti
  • Masukkan daun sup dan bawang yang dipotong dadu. Kacau hingga sebati.
  • Buka kulit popia, letak atas dulang. Letakkan inti di tengah-tengah kulit popia.
  • Lipat sehingga inti tertutup (ikut kreativiti anda samada 4 segi atau 3 segi).
Murtabak mini kulit popiah
Siap untuk digoreng atau dibakar
  • Anda boleh menggorengkannya dalam kuali atau bakar. Terpulang kepada anda.
  • Bila masak, siap untuk dihidangkan.
mutarbak kulit popia
Murtabak mini dari kulit popia senang untuk disediakan.

TIPS: Untuk mengelakkan murtabak terbuka, gamkan dengan air bancuhan tepung atau putih telur.

Selamat mencuba

Sumber: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *