Susulan Nahas Pesawat Lion Air – Suami Sempat Hantar Gambar Swafoto Bersama Anak

Nahas Pesawat Lion Air

Perjalanan jauh ke Jakarta untuk menonton perlawanan bola sepak bawah 19 yang sedang berlangsung bersama anak akhirnya bertukar menjadi kesedihan selepas berlakunya trajedi nahas pesawat Lion Air JT-610 semalam.

Pesawat Lion Air JT 610
Gambar Hiasan

Menurut The Sydney Morning Herald, kejadian tersebut membuatkan seorang wanita yang sedang mengandung dan anak perempuannya yang berusia 9 bulan kelu tanpa kata apabila mengetahui tentang nahas pesawat lion air yang dinaiki loeh suami dan anaknya. Allahu Akbar… sedihnya yang tiada ungkapan.

Beri Sample DNA

Isteri mangsa dilihat tidak mampu untuk bercakap. Ianya sangat menyedihkan bagi Putri Pratiwi yang kehilangan dua insan tersayang iaitu suami, Wahyu Adilla, 32 dan anak lelakinya, Xherdan Fachridzi, 4 tahun. Kejadian itu membuatkan wanita yang sedang sarat mengandung 6 bulan itu kelu, lemah dan hanya mampu menitiskan air mata.

nahas pesawat lion air
Putri tidak mampu berkata-kata dan kelihatan lemah

Putri hadir ke hospital polis di Kramat Jati, Jakarta untuk memberikan sample DNA bagi proses pengecaman mayat suami dan anaknya.


Menerusi laporan berita, pesawat Lion Air JT-610 yang membawa 6 anak kapal, 178 penumpang dewasa termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak menjunam ke dalam laut pada pagi Isnin, beberapa minit sekepas ia berlepas. Kesemua 187 mangsa dikhuatiri terbunuh yang mana kanak-kanak tersebut merupakan anak Putri yang terkorban.

Nak bawa anak menonton perlawanan bola sepak live, suami sempat buat panggilan sebelum menaiki pesawat.

Oleh kerana Putri tidak mampu bercakap, makciknya, Nona menceritakan apa yang berlaku kepada pasangan tersebut sebelum nahas.

pesawat lion air terhempas
Putri mengetahui tentang nahas pesawat yang dinaiki suaminya melalui rakan

“Wahyu merupakan anak saudara saya. Dia dan anaknya telah terbang ke Jakarta untuk menonton perlawanan bola sepak bawah 19 tahun kerana dia ingin sangat bawa anaknya menonton perlawanan tu secara live”.

“Mereka sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang, isterinya Putri juga sudah menunggu di lapangan terbang untuk menyambut mereka pulang kerana ketika Wahyu naik kapal terbang, dia telefon dan beritahu isterinya. Itulah perbualan terakhir mereka,”kata Nona.

“Xherdan kata dia rindukan adik dan emaknya kerana tidak biasa berjauhan”

Lebih menyayat hati apabila Xherdan meluahkan rasa rindunya pada adik dan ibunya. Sebenarnya Putri sendiri rasa tidak senang hati apabila suaminya tidak muncul di lapangan terbang sehinggalah dia menerima berita sedih tersebut melalui mesej dari rakannya.

BACA: 20 SYARIKAT PENERBANGAN PALING SELAMAT DI DUNIA

lion air jt610
Fatma, menunjukkan gambar selfi yang dihantar oleh Wahyu

“Mereka membuat panggilan video pada awalnya, Xherdan beritahu yang dia rindukan adik dan ibunya kerana dia tak biasa berpisah dengan Putri.

“Bila mereka kelibat mereka tidak kelihatan, Putri mula susah hati dan memeriksa mesej di telefon. Rakannya yang terbaca tentang berita nahas itu beritahu dia tentang kejadian yang menimpa ke atas pesawat yang dinaiki suami dan anaknya.

“Pada mulanya dia macam tak percaya, tapi lepas berita tu disahkan benar, dia menelefon kami dan ahli keluarga serta dia pulang membawa kereta dengan sendirinya,” cerita Nona.

Tambah Nona lagi, Putri menjadi tidak keruan dan menangis sambil menyebut-nyebut nama suaminya berkali-kali. Putri digambarkan sebagai seorang wanita yang kuat tetapi ada ketika dia juga tewas dengam emosi apabila sekecil-sekecil perkara mengingatkan dia dengan suami dan anak.

“Kami masih berharap, Putri juga masih berharap akan keajaiban daripada Allah, tapi kita juga harus ikhlas, dengan darjat keikhlasan yang paling tinggi pada masa yang sama,”katanya lagi.

Semoga Putri terus tabah dan redha dengan ketentuan serta ujian yang diberikan ini. Takziah buat keluarga semua mangsa yang terlibat. Semoga mereka semua tenang di sana. Al-Fatihah.

Sumber: Menuju Kebenaran


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!