Najib Diarah Bayar Cukai LHDN RM1.69 Bilion

Najib diarah bayar cukai

Kuala Lumpur: Hari ini Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Najib Diarah Bayar Cukai LHDN

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman yang dikemukakan terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Ia bermakna permohonan LHDN supaya Najib membayar tunggakan cukai pendapatan itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati jumlah tunggakan cukai pendapatan tambahan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Najib sebagai hutang kepada kerajaan.

Ahmad Bache berkata, mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.


Walau bagaimanapun Najib masih boleh mengemukakan rayuan berhubung jumlah yang dipertikaikan itu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.

Kerajaan memfailkan saman terhadap Najib Pada 25 Jun tahun lalu bagi menuntut beliau membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Kerajaan selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi LHDN pada 25 Jun lalu dengan menamakan Najib selaku defendan tunggal. Sumber oleh: Berita Harian


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!