Menjelangnya aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilihat telah menyenaraikan tiga pemain naturalisasi . Ianya berbeza dengan pasukan Harimau Malaya apabila status Guilherme de Paula sebagai pemain naturalisasi masih lagi samar.
Aksi Harimau Malaya Tanpa de Paula?
Berkemungkinan besar skuad bimbangan Tan Cheng Hoe perlu menggunakan kekuatan yang sedia ada untuk membolosi gawang UAE pada perlαwαnαn yang dijangka akan berlangsung di Dubai pada 8 Oktober akan datang.
Penyerαng Pasukan Perak itu sudah menghantar dokumen berkaitan sejak pertengahan tahun lalu namun sehingga kini masih menunggu maklum balas daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Malah, awal tahun ini, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi juga pernah menyatakan De Paula mempunyai peluang cerah beraksi sebagai peledαk skuad Harimau Malaya nanti.
“Pada ketika ini, kita masih lagi menunggu pengesahan atau jawapan bertulis daripada FIFA berkaitan status De Paula sama ada boleh beraksi atau sebaliknya namun tetap positif dia akan mendapat lampu hijau,” katanya Mohd Yusoff.
Terbaharu, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam mengesahkan dokumen pemain berkenaan masih lagi dalam proses dan belum lagi ada jawapan daripada FIFA.
“Masih lagi dalam proses, belum diketahui lagi status de Paula,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Melihat kepada situasi berkenaan, skuad Kebangsaan sudah pasti perlu bekerja keras untuk mencipta gol terutama pada perlαwαnαn terbabit yang berlangsung di halaman UAE.
Difahamkan UAE, telah menyenaraikan tiga pemain naturalisasi iaitu Fabio Lima dan Caio Canedo yang berasal dari Brazil manakala Sebastian Tagliabue dari Argentina.
Fabio Lima sudah pun merekodkan hampir 146 gol sejak 2014, Canedo 27 gol (2015-2020) manakala Tagliabue pula merekodkan sejumlah 146 gol (2010-kini). Kesemuanya adalah dalam liga UAE.
Walau apapun keputusan UAE, harapan kita adalah agar pasukan Kebangsaan kita mampu ketika bertemu UAE dengan mencatat keputusan yang bagus. – Anak Bapak