Naysilla Mirdad Kini Beragama Islam

naysilla mirdad

Naysilla Mirdad antara nama yang pernah menjadi perhatian di negara ini. Manakan tidak penampilannya menerusi sinetron seperti Intan, Liontin, Sekar, Cahaya dan banyak lagi membuatkan beliau dikenali.

Naysilla Mirdad Akan Berkahwin?

Naysilla adalah anak kepada pasangan selebriti terkenal Indonesia Jamal Mirdad dan Lidya Kandau ini. Naysilla sangat berahsia mengenai kisah cintanya.

Naysila Mirdad kahwin
Naysila bersama kedua orang tuanya. Foto: Instagram/@naymirdad

Beliau yang membina kerjaya lakonan sejak tahun 2005, dilihat sangat bijak menjaga nama baiknya. Dia jarang dipalit dengan gosip dan cerita-cerita sensasi seperti mana artis-artis lain.

Seperti dilaporkan oleh Harian Metro, pada mei lalu Naysilla Mirdad dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan dikenali Roestiandi Tsamanov.

Meskipun tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah yang berkaitan dengan perkahwinannya, Naysilla juga dikatakan sudah memeluk Islam dan kini berstatus mualaf.


Perkara mengeneai perpindahan agama Naysila itu dikatakan pernah dikongsikan oleh bapanya sendiri menerusi wawancara di saluran YouTube tidak lama dulu.

Jamal Mirdad ketika ditanya mengenai perancangan perkahwinan anaknya tidak berselindung serta memaklumkan Naysilla juga sudah berstatus mualaf.

“Insya-Allah, dia mualaf. Itu yang paling pokok (utama),” katanya ringkas. Terdahulu, Jamal Mirdad menjalani kehidupan berbeza agama dengan isterinya, Lidya.

Apapun, menerusi hantaran foto Naysila bersama ibu, Lidya yang dikongsikan di Instagram pada awal September lalu mendapat pujian warganet.

Kebanyakan pengikut pelakon berusia 32 tahun ini, menyifatkan wajahnya semakin cantik, berseri dan kelihatan sangat tenang.

Bahkan, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan buat Naysilla dan diharapkan dia akan kekal istiqomah berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Namun, Naysilla yang apabila ditanya mengenai status agamanya dilihat masih enggan mengulas dan ia dianggap sebagai menghormati ibunya.

Sebelum mengenali calon suaminya, Naysilla Mirdad dikatakan pernah menjalin cinta dengan tiga jejaka iaitu Dude Harlino, Ignas Jendatara Boliona Jenda dan Benjamin Pandelaki. — Anak Bapak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!