Nenas Adalah Superfood – Ambiklah Setiap Hari Jika Mampu


Semua orang mengenali buah ini namun tidak semua orang menyukainya. Mungkin kerana takut gatal lidah atau malas untuk mengupas dan membuang bulunya. Harus diingatkan bahawa NENAS adalah SUPERFOOD. Ianya sangat PENTING untuk hampir keseluruhan tubuh manusia.

“Jika anda berkemampuan, ambillah buah ini setiap hari”. Inilah nasihat seorang doktor tentang nenas. Ramai yang tidak mengetahui khasiatnya. Apa kata anda teruskan membaca.

KHASIAT NENAS

KAYA DENGAN VITAMIN C

Vitamin C yang terkandung di dalamnya merupakan separuh daripada keperluan harian. Ia mampu menentang kerosakan sel. Justeru itu, ia sangat bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.

tanaman nenas
Nanas juga salah satu tanaman popular di sesetengah tempat di Malaysia

Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, buah nenas mampu menghapuskan lendir, kahak serta mampu melegakan sinus. Ia juga mempunyai sumber vitamin yang mencantikkan kulit.


MEMPUNYAI BROMELAIN

Bromelain hanya ditemui di dalam buah hebat ini. Ia merupakan enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Ia mengandungi nutrisi yang mampu mengurangkan masalah keradangan, mengecilkan tumor serta meredakan osteoarthritis.

Menurut Experimental Neurology, Bromelain mampu menghalang berlakunya alzheimer. Jika anda mahu mengelakkan diri dari menjadi seorang yang pelupa, berjinak dengan buah ini dan rajin-rajinlah untuk mengupasnya.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Saarland, bromelain yang terkandung di dalamnya membantu menyembuhkan luka. Manakala krim yang dibuat berasaskan bromelain mampu membantu menyembuhkan kulit yang terbakar.

Selain itu, disebabkan terdapatnya kandungan bromelain, jus nenas menjadi sangat berkesan jika digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan. Fungsi lain adalah sebagai bahan untuk menurunkan berat badan.

mengupas nenas
Sebenarnya tidak susah untuk mengupas nanas. Gunakan cara ini.

KAYA DENGAN MANGANESE

Antara nutrisi lain yang terkandung di dalamnya adalah Manganese. Ia membekalkan tenaga pada sel otak serta penting untuk pertahanan antioksidan.

Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat membentuk tulang yang kuat dan mampu mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang-orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nenas.

MEMPUNYAI VITAMIN B1 (THIAMIN)

Sejumlah besar Thiamin yang terkandung, adalah terlibat dalam menghasilkan tenaga. Tugasnya adalah menukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh, juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Jangan dibuang empulurnya kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi. Jika anda makan nenas, makanlah dengan empulurnya sekali.

Potongan buah nanas
Nanas yang telah dipotong

MANFAAT LAIN

Mengurangkan Risiko Sakit Mata

Nenas sangat bagus dalam mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi apabila usia kita meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.

Baik Untuk Usus

Serat yang terkandung di dalam buah ini akan memastikan usus sentiasa sihat.

Bagus Untuk Batuk

Jika anda mengalami batuk berkahak serta berhingus, adalah dicadangkan untuk anda mengambil nenas.

Untuk Kesuburan

Kandungan vitamin dan mineralnya dikatakan sangat bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita.

jus nanas
Jus yang segar

Sumber karbohidrat

Nenas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya. Secawan potongan nenas mengandungi 82 kalori. Nenas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalamnya ialah 16g secawan.

Minumlah jus nenas yang dikisar sendiri kerana ianya lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nenas.

NOTA PENTING

Baca Juga14 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Tulang

Khasiat nenas dalam tin adalah kurang jika dibandingkan dengan buah yang segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, memilih buah segar adalah yang terbaik.

Apa kata anda cuba mengambilnya mulai hari ini? Sila komen dan share jika bermanfaat. Layari juga page kami di Anak Bapak

Sumber: DrRizal Abu Bakar



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!