Di Sandakan seorang nenek yang hidup daif dan mempunyai masalah kesihatan merayu agar anaknya kembali ke rumah selepas menghilangkan diri sejak 2 tahun yang lalu dan gagal dihubungi.
Menurut Harian Metro, Bilani Mutari yang berusia 65 tahun terpaksa membela 4 cucunya seorang diri di Kampung Pangiran Galpam, Batu 7 di sini setelah anaknya Tina Melda Uyung, 28, yang juga ibu kepada 4 kanak-kanak tersebut menghilangkan diri.
Sejak itu dia terpaksa membesarkan kesemua cucunya seorang diri. Dia terpaksa bekerja seorang diri demi mencari sesuap nasi untuk diri dan cucu-cucunya.
“Sejak cucu kecil, sayalah yang bekerja mencari sesuap nasi dan membesarkan mereka semua.
“Kini saya sudah terlalu berusia, saya harap Tina pulang ke Sandakan segera. Pulanglah Tina jaga anak-anakmu. Mama selalu s4kit sekarang ini,” katanya.
Bilani bimbang tiada siapa yang akan menjaga cucunya sekiranya dia s4kit kuat satu hari nanti. Kali terakhir dia berjumpa Tina adalah 2 tahun lalu ketika anaknya pergi bekerja di Semenanjung.
Apa yang dia tahu, anaknya itu bekerja di bahagian pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Namun kini Bilani tidak tahu di mana anaknya berada. Dia merayu supaya Tina pulang segera dan meminta anaknya itu menghubunginya. Kasih seorang ibu kepada anak, beliau tetap berdoa agat anaknya sentiasa dilindungi Allah SWT.
Bilani berkata, baru-baru ini ada pihak memberikan dia telefon untuk memudahkan perhubungan.Jadi dia sangat berharap agar anaknya menghubunginya.
“Saya berterima kasih kepada mereka yang memberikan saya telefon ini.
“Saya harap Tina dapat hubungi mama di talian 011-13359242 secepat mungkin,” katanya.
Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan kewangan kepada Bilani boleh memasukkannya ke akaun Bank Rakyat beliau 220712162841.
Difahamkan sebelum ini, Harian Metro melaporkan berita seorang nenek terpaksa bekerja keras menyara empat cucu dan dua lagi anak lelaki yang tidak bekerja.
Sebagai Anak, hubungilah orang tua kita sekerap mungkin. Jika jangan hanya mengharapkan mereka hidup sendiri tanpa memantau dan berhubung. Eratkan kasih sayang kekeluargaan selagi mereka ada. Hargailah orang tua. Jangan dianggap beban berbakti kepada mereka.
Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat mudah-mudahan anaknya terbaca artikel ini sehingga membawanya pulang ke Sandakan.
Sumber & Foto: Harian Metro
1 Comment