Norhidayah Lega. Mahkamah Syariah Tetapkan Pebahagian Harta Mengikut Hukum Syarak

Norhidayah

Siti Norhidayah Mohd Ali, balu kepada Abam bocey berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini mengenai tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

Norhidayah, 28, berkata, Mahkamah Syariah menetapkan pembahagian adalah berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi yang lain seperti kasut, jam tangan, kamera, telefon bimbit dan barangan lain peninggalan Allahyarham Abam.

Nurhidayah isteri abam
Dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun tiga bulan

Norhidayah Lega

“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

“Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan,” kata Hidayah.

Ketika ditanya mengenai berapa banyak wang peninggalan arwah, Hidayah tidsk mendedahkannya.


“Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah,” katanya.

Ianya sekaligus menafikan spekulasi yang timbul sebelum ini yang mendakwa kereta milik arwah suaminya itu sudah ditarik oleh pihak bank.

“Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya.

Berkenaan dakwaan adik iparnya iaitu pelawak, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bahawa wang RM10,000 telah dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan.

“Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,” katanya.

Hidayah juga berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah. Ini berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad untuk menghadirkan diri ke mahkamah.

“Saya harap selepas ini pihak sana akan hadir untuk kes hadanah,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan dari Ali Puteh gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Pada Isnin lalu, Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia menyaman ibu mentuanya.

Namun, Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad menegaskan Sabariah yang menfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu.

Sebelum itu juga, Ali Puteh ada menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Hidayah kepada ibunya menerusi siaran langsung di Facebook sebuah portal berita.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh itu, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan nama ibu Abam turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

Hidayah dan Abam telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tiga bulan.

Allahyarham Abam atau meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!