Nurhidayah Jual Cempedak Goreng Sara Anak

Nurhidayah

Pelakon dan pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey, pernah menyuarakan hasrat untuk membuka kedai makan bersama isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28. Ketika itu usia anak sulungnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dalam tiga bulan.

Hasrat itu tidak menjadi kenyataan apabila pada 10 Feb lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal di rumahnya di Gombak.

Nurhidayah Berniaga Cempedak Goreng

Kini, balunya Nurhidayah bangkit dari kesedihan bagi meneruskan hasrat Allahyarham dengan berniaga cempedak goreng di tepi jalan di Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor.

Bercerita lanjut, Nurhidayah berkata, pada awalnya Allahyarham bercadang mencari kedai makan untuk berniaga masakan panas bersamanya. Namun tidak dilakukan lagi kerana anaknya masih kecil ketika itu.

Walau bagaimanapun hasrat untuk berniaga itu tertangguh apabila Abam dipanggil menghadap Ilahi.


Menurut Metro, Nurhidayah tidak mahu menoleh ke belakang dengan membantu bapanya, Mohd Ali Bahtin, 70, berniaga durian di Pekan Sabak sebelum memulakan perniagaan cempadak goreng.

“Saya berniaga bersama adik ipar, Nor Farhana Nordin, 21, sejak awal bulan ini dan tidak menyangka cempadak goreng yang dijual mendapat sambutan orang ramai.

“Saya ketepikan perasaan kekok dan malu demi mencari rezeki halal dan dalam masa sama membesarkan Hamzah yang kini berusia setahun,” katanya yang menetap di Taman Air Manis, Sabak Bernam.

Ketika ditanya mengenai sambutan Aidil Adha yang menjelang tiba beberapa hari lagi, Nurhidayah memberitahu dia dan anaknya akan menyambutnya dalam suasana sederhana bersama keluarga.

“Diam tak diam, sudah lima bulan arwah meninggalkan kami berdua. Sampaikan Hamzah sudah lancar menyebut perkataan ‘ayah’.

“Meskipun arwah sudah tiada di samping kami, saya berdoa supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

Baca: Harga Sekeping Gambar Berbanding Anak

Semoga Nurhdayah terus kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan bersama anaknya.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!