Wajib Pakai Face Mask Di Tempat Awam Atau Denda RM1000

face mask

Dalam satu sidang media khas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa orang ramai diwajibkan memakai face mask di tempat awam yang sesak serta pengangkutan awam mulai 1 Ogos ini.

Pakai Face Mask Atau Denda RM1000

Kerajaan tidak mewajibkan penggunaan pelitup muka selama ini kerana ianya akan membebankan kepada orang ramai yang berpendapatan rendah.

Ia kerana tempoh terbaik untuk penggunaan setiap pelitup muka adalah selama tiga jam, kalau keluarga yang besar tanggungan tentunya akan membebankan.

Atas Faktor itu kerajaan benarkan untuk menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang WHO keluarkan.

Menurutnya, bagi yang kurang berkemampuan, kerajaan membenarkan orang ramai menggunakan face mask yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


PEMAKAIAN FACE MASK

Boleh didenda RM1000

Beliau menambah, mereka yang ingkar dengan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 di bawah Akta 242 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Baca: Wabak Penyakit Setiap 100 Tahun?

Sumber: Oh Bulan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!