Panduan Ringkas Solat Taubat

solat taubat

Sebagai manusia, kita sering kali berbuat salah samada sesama manusia bahkan kepada sang pencipta. Jika kesalahan sesama manusia, kita hendaklah meminta maaf kepadanya. Jika bersama kepada Sang Pencipta maka kita hendaklah memohon keampunan kepadanya dengan melakukan solat sunat taubat dan perbanyakkan beristighfar.

Solat taubat biasanya dilakukan oleh seseorang itu setelah dia merasakan ada melakukan perkara yang mendatangkan dosa lalu insaf atas kesilapannya itu lalu ingin bertaubat bagi memohon keampunan daripada Allah SWT.

Bertaubat setelah melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu berdosa bermakna ia benar-benar kesal dan insaf atas kesalahannya itu lalu bertekad untuk meninggalkan perbuatan tersebut. Manusia biasa seperti kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan, kekhilafan dan dosa.

SOLAT TAUBAT & DOA

Waktu Solat Taubat

Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat. Namun adalah lebih baik dilakukan selepas tengah malam sewaktu anda ber Qiamullail (ketika bangun pada 2/3 malam).


Jumlah Rakaat

Kebanyakkan ulama berpendapat, solat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat.

Jangan buang masa kita kerana kita tidak tahu bila Allah akab=n memanggil kita. Jadi jika kita ada membuat salah dan menyedari kesalahan itu lalu mahu kembali kepada-Nya, maka lebih baik dimulakan dengan amalan serta-merta. Amalan yang paling baik adalah solat taubat.

Cara Solat Taubat

Lafaz Niat Solat Taubat

Lafaz niat:

أُصّلِّيْ سُنَّةَ ٱلتَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَىٰ

“Usolli Sunnatat Taubati Rok’ataini Lillaahi Ta’aala”.

Ertinya:

“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Taala”

Surah Yang Boleh Dibaca

1. Raka’at Pertama. Selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas atau surah-surah lain yang anda boleh membacanya.

2. Raka’at Kedua. Selepas membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah An-Nas atau surah-surah lain yang anda boleh baca.

Bacaan Ketika Sujud Terakhir

Semasa sujud yang terakhir yakni sebelum bangun duduk tahiyyat akhir, bacalah ayat seperti di bawah sebanyak 40 kali:

لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِيْنَ

“Laa Ilaaha Illaa Anta Subhaanaka Innii Kuntu Minazzoolimiin”

Ertinya:

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim”.

Bacaan Selepas Memberi Salam

Selesai memberi salam, perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah sambil menyesali kesalahan yang dilakukan.

Ucaplah istighfar berulang kali:

أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا، هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Astaghfirullahal ‘Aziim Allazii Laa Ilaaha Illaa Huwalhayyul Qoyyumu Wa Atuubu Ilaiih”.

Ertinya:

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran Ayat 135 yang bermaksud:

“Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui”.

Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz “Astaghfirullah”, ataupun istighfar dalam erti kata lain adalah bertaubat kepada Allah SWT.

Iaitu seseorang itu benar-benar menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Doa Taubat

Berdoalah kepada Allah dengan meluahkan mengikut kata hati anda dengan mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah. Anda juga boleh membaca doa khusus di bawah ini jika tidak tahu untuk membaca sendiri doa secara spomtan:

ٱللّٰهُمَّ اِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيْرًا وَلَا يَغْفِرُٱلذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْلِىْ مِنْ عِنْدِكَ مَغْفِرَةً إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْغَفُوْرُ ٱلرَّحِيْمُ

“Allahumma Inni Dzolamtu Nafsii Dzullman Kathiiron Walaa Yaghfiruz Zunuuba Illa Anta, Faghfirlii Min ‘Indika Maghfirotan Innaka Antal Ghofuurur Rohiim”.

Ertinya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”.

Selesai berdoa, bersujudlah dengan membaca penghulu istighfar:

ٱللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا ٱلسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُبِذَنْبِى، فَاغْفِرْلِى فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُٱلذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ

“Allaahumma Anta Robbii Laa Ilaaha Illaa Anta, Kholaqtanii Wa-anaa ‘Abduka, Wa-anaa ‘Alaa ‘Ahdika Wawa’dika Mastatho’tu, A-‘uuzubika Min Syarrimaa Sona’tu, Abuu Ulaka Bini’matika ‘Alayya, Wa-abuu-u Bizanbii, Faghfirlii Fa-innahu Laayaghfiruz Zunuuba Illaa Anta”.

Ertinya:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau”.

Anda boleh juga menonton video di bawah untuk doa selepas sunat taubat

Baca – Doa Menjemput Rezeki Yang Melimpah Ruah

Sumber: Media Islamik

PENUTUP

Allah Maha Pengasih, Penyayang, Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Sentiasalah yakin bahawa Allah SWT akan mengampunkan hambanya yang benar-benar ikhlas untuk berubah dan menyesal serta tidak mengulangi lagi kesalahan lampau.

Harapan kami agar panduan ringkas ini dapat membantu sesiapa sahaja yang belum tahu cara untuk melakukan solat sunat taubat agar dapat berbuat demikian. Semoga Allah SWT mengampuni kita. Wallahu a’lam.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!