Panglima ATM Sahkan 5 Anggota Tentera Terlibat Seludup PATI. Tercalar Juga Akhirnya Maruah ATM Yang Dipercayai Selama Ini

Panglima ATM

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, mengesahkan penahanan dua pegawai dan tiga anggotanya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit dalam sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor Bahru.

Panglima ATM Sahkan 5 Anggotanya Terlibat

Jeneral Affendi berkata penahanan lima individu terbabit adalah merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Johor berkaitan penahanan 18 penguatkuasa melibatkan pegawai dan anggota dari ATM dan PDRM susulan penahanan 40 suspek sindiket penyeludupan PATI pada 4 Jun lalu.

Anggota tentera seludup pati
Antara PATI yang mendarat di negara ini. Kita tidak pasti samada mereka ini ada kaitan dengan dalang yang ditahan.

“Adalah ditegaskan bahawa, ATM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat di dalam melakukan apa jua kegiatan jenayah,

“Ketegasan ini adalah penting kerana ia mencemarkan imej ATM sebagai pasukan keselamatan yang bertanggungjawab dalam memastikan kedaulatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” jelas Panglima ATM itu dalam kenyataan, semalam.

Affendi menegaskan, ATM akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut agar mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sindiket penyeludupan PATI ini dapat ditangani keseluruhannya.


“Penahanan mereka ini juga menunjukkan keberkesanan Operasi Benteng di bawah pengawasan National Task Force (NTF).

“Ini membuktikan kesepaduan agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan bukan sahaja dapat memperkukuhkan kawalan operasi persempadanan negara, malah turut memperkasakan nilai integriti di kalangan pegawai serta anggota ATM dalam melaksanakan apa jua tugas yang diamanahkan,” katanya.

Sumber: Airtimes

Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Selama ini rakyat hanya menyanjung tinggi ATM. Diharapkan mereka yang terlibat, diberi hukuman yang setimpal kerana tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan kepada negara tercinta.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!