C0VID-19 yang sedang melanda hampir di seluruh dunia telah menyebabkan banyak aktiviti terhenti termasuk perniagaan, keagamaan dan segala macam aktiviti. Begitu juga dengan sukan.
Hampir seluruh kejohanan sukan di seluruh dunia telah dihentikan sejak Mac lalu. Aktiviti perniagaan juga tidak terkecuali karena semuanya terpaksa berada di rumah. Kegiatan keagamaan pun tidak terkecuali. Rumah-rumah ibadah terpaksa ditutup. Masyarakat diminta terus berdoa di rumah dan patuhi arahan kerajaan.
Paul Pogba Rindukan Umrah Ketika Ramadhan
Bagi pemain bolesepak tersohor dunia dari kelab Manchester United, Paul Pogba juga merasai kesan akibat dari C0VID-19. Pemain skuad Kebangsaan Perancis itu sangat merindukan saat-saat beribadah di Mekah ketika menjelangnya Ramadan.
Pada Ramadhan 2020, beliau dilihat memuat naik fotonya ketika berada di depan Ka’abah. Bekas pemain Juventus itu sudah beberapa kali menunaikan ibadah umrah ketika bulan Ramadhan.
Dengan adanya C0VID-19, Pogba tidak lagi dapat terbang ke Mekah untuk menjalani ibadat umrah. Ini keran Kerajaan Arab Saudi telah menghentikan sementara aktiviti haji dan umrah akibat daripada penularan C0VID-19.
Bukan itu sahaja, Kerajaan Arab Saudi juga menutup kompleks Masjidil Haram hinggakan masyarakat setempat juga tidak dapat berkunjung ke situ. Langkah ini diambil agar penularan C0VID-19 tidak terus merebak.
Bukan itu saja, COVID-19 juga membuatkan semua pemain bolesepak termasuk Pogba terjejas. Semua kejohanan di seluruh dunia ditengguhkan sehingga ke satu masa yang kita sendiri tidak ketahui.
Baca – Selain C0VID-19, Ibadah Haji Pernah Ditutup 40 Kali
Semoga C0VID-19 berakhir dengan cepat dan semua aktiviti akan kembali berjalan seperti biasa.