DHAKA: PBB menggesa agar ratusan pelarian Rohingya dipindahkan ke kem yang disediakan Kerajaan Bangladesh. Ini berikutan, selepas diselamatkan Kerajaan Bangladesh, mereka ditempatkan di sebuah pulau terpencil selepas bot dinaiki mereka terkandas di tengah lautan sejak berminggu lamanya.
PBB Gesa Pelarian Rohingya Dipindahkan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata rayuan itu ditujukan kepada Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen dalam sepucuk surat yang dikirimkan Jumaat lalu.
Ia berikutan keadaan pulau yang terletak berdekatan sempadan Myanmar itu sesak dan dikhuatiri menjadi tempat penularan wabak COVID-19.
Beratus-ratus pelarian Rohingya itu telah diselamatkan pada awal bulan ini selepas terapung di tengah lautan berdekatan dengan Teluk Benggala.
Menurut pihak berkuasa Bangladesh, selepas diselamatkan, mereka dihantar ke kem di tenggara kerana dikhuatiri akan mengakibatkan jangkitan COVID-19 berikutan ada kalangan pelarian didakwa positif wabak itu.
Guterres berkata, seramai 308 pelarian Rohingya telah ditempatkan di Pulau Bhashan Char yang bukan saja terpencil tetapi berisiko dibadai ribut monsun yang kuat. Katanya lagi, mereka wajar dipindahkan ke kem berikutan tempoh kuarantin mereka sudah berakhir.
“Mereka dikatakan dikuarantinkan atas faktor kesihatan awam namun Dhaka patut memberi perlindungan seperti selayaknya mana-mana pelarian terima. Sepatutnya mereka boleh bersatu dengan keluarga mereka di kem pelarian Cox Bazar,” kata Guterres dalam surat itu.
Namun Menteri Luar Bangladesh bagaimanapun memaklumkan, beliau belum menerima sebarang surat yang PBB gesa pelarian Rohingya dipindahkan itu dan menegaskan kerajaannya tiada tempat lain untuk menempatkan semua pelarian itu.
Baca – ATM Ketuai Special Task Force Sekat PATI
Sumber : BH Online via Kupasmedia.