Americk Singh Sidhu, peguam kepada Clare Rewcastle-Brown, pengarang Sarawak Report, telah mengesahkan bahawa anak guamnya telah menerima bayaran RM1.4 juta daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Americk berkata, walau bagaimanapun pembayaran itu tidak diterima terus daripada daripada Presiden PAS itu, tetapi melalui pihak ketiga.
“Pihak ketiga berkenaan menandatangani cek itu bagi pihak Abdul Hadi kerana saya tidak mahu menerima wang tunai.
“Cek itu kemudian diserahkan kepada saya untuk diberikan kepada Rewcastle-Brown selepas dimasukkan ke dalam akaun anak guam saya,” katanya.
Sarawak Report memuatkan beberapa gambar salinan dokumen berkaitan dalam paparan terbarunya seperti perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1,422,980 itu datang daripada Abdul Hadi.
Rewcastle-Brown berkata pembayaran itu diselesaikan menerusi akaun ‘escrow’ (disimpan pihak ketiga) peguam iaitu Americk.
Sebelum itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan PAS telah membayar kepada Rewcastle-Brown sebanyak RM1.4 juta. Beliau juga menegaskan mempunyai bukti transaksi tersebut.
Seterusnya Americk tampil membuat pengesahan selepas Ketua Penerangan PAS mendakwa nombor akaun pada cek berkenaan sebagai palsu.
Rewcastle-Brown dipetik sebagai berkata sebelum ini bersetuju dengan syarat yang diminta Abdul Hadi supaya kedua-dua pihak merahsiakan bayaran berkenaan.
Perkara itu tidak dapat dirahsiakan apabila Setiausaha Agung PAS menegaskan tiada bayaran dibuat.
Siapakah pihak ketiga yang dimaksudkan oleh Americk Singh Sidhu? Adakah beliau orang yang ada kaitan dengan PAS atau mempunyai hubungan dengan mana-mana parti dalam Kerajaan Pakatan Harapan? Sama-sama kita tunggu.
Kita tunggu pihak Presiden PAS mengeluarkan kenyataan dan membersihkan nama beliau dan parti jika semua ini adalah fitnah.
Anda mempercayai siapa? Sila share dan like
Sumber: Berita Harian