1,400 Pekerja Warga Nepal M4ti Ketika Bina Stadium Piala Dunia Di Doha


Sebuah dokumentari TV dari Jerman melaporkan, sekurang-kurangnya 1,400 pekerja dari Nepal m4ti dalam pembinaan stadium bola sepak bagi menghadapi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Data dari Kerajaan Nepal menunjukkan kem4langan di tapak pembinaan serta keadaan asrama pekerja amat menyedihkan sehingga mer4gut 110 ny4wa setiap tahun.

Sebuah keluarga yang sangat terkesan akibat kem4tian ahli keluarganya memberitahu penyiar Jerman, WDR, bahawa mereka langsung tidak menerima sebarang pampasan dari Doha akibat kem4tian tragik itu.

Dokumentari yang berjudul ‘Trapped in Qatar’ Jumaat lalu mendedahkan kepayahan yang dilalui oleh pekerja binaan yang terpaksa hidup di kem yang sesak dengan keperluan asas yang minimum.

Walaupun Kerjanaan Nepal berusaha menghalang rakyatnya daripada mencari pekerjaan di Qatar, namun masih ramai yang berharap untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.


Dinesh Regimi, merupakan seorang wartawan di Kathmandu telah menghabiskan masanya selama tiga tahun di Qatar. Beliau memberitahu keadaan pekerja-pekerja Nepal masih tidak berubah sejak Doha dipilih menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak berprestij itu hampir sedekad lalu.

Kem4tian pekerja kebanyakannya adalah akibat terjatuh di tapak pembinaan, sakit dan cuaca panas yang melampau.

Regimi memberitahu ketika dia berada di sana beberapa tahun lalu, dia melihat penderitaan pekerja Nepal yang datang dengan harapan yang menggunung.

“Mereka dinafikan gaji pokok dengan tempat penginapan yang sangat daif. Selain itu kunjungan mereka ke kedutaan Nepal di Doha bagi mendapatkan bantuan sering dipandang sepi,” kata Regimi kepada Arab News.

Pegawai Kerajaan Jabatan Imigresen Nepal memberitahu Arab News bahawa pihaknya sedar akan situasi yang sering berlaku di Qatar serta kepayahan yang dihadapi pekerja Nepal. Mereka tidak menggalakkan rakyatnya pergi mencari pekerjaan di negara terbabit. – Agensi



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!