Pekerjaan 7 Artis Malaysia Sebelum Mereka Berjaya

pekerjaan artis malaysia sebelum bergelar artis

Bukan senang untuk seorang artis malaysia boleh berjaya. Mereka juga macam kita. Mula mencari rezeki juga susah senang macam kita juga manusia biasa katakan. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ramai juga nama besar dalam industri seni yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang.

Ada yang berjaya hingga membuka bisnes sendiri ada yang berjaya separuh jalan. Namun jom kita tengok artis pilihan kita ini. Anda tentu kenal mereka dan kita amati satu persatu.

1. AARON AZIZ

Aaron Aziz

Artis kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Aaron dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni. Aktor kelahiran Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini adalah berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Difahamkan, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

2. DATO’ SITI NURHALIZA.


Siti

Yang ni sape tak kenal kan dengan artis Malaysia ini. Dia adalah penyanyi tersohor negara kita. Beliau juga bermula macam kita dimana pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya satu ketika dahulu.

Dato’ Siti Nurhaliza mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umurnya 15 tahun. Katanya menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan kepada segala kejayaan yang dikecapinya hari ini.

3. REMY ISHAK

remy ishak

Remy Ishak hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Beliau pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya. Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Dia sangat berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.

4. NABIL

Nabil Ahmad

Program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dulu dia merupakan seorang despatch di Negeri Sembilan. Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu. Namun langkah kanannya membuatkan beliau berada di tahap sekarang.

5. ADIBAH NOOR

Adibah Noor

Pasti ramai yang tidak tahu pekerjaan Adibah sebelum menyertai bidang seni. Beliau mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995. Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.

6. NORA DANISH

nora danish

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon. Walaupun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan ia menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.

7. DATUK YUSOF HASLAM

yusuf haslam

Siapa tak kenal dengan Pengarah dan penerbit ini. Dikatakan dahulunya beliau pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Beliau juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.

Itulah serba sedikit tentang pekerjaan 7 artis Malaysia ini. Apa komen anda? Like dan Share jika anda mahu. Terima kasih.

Baca Juga – Rupa-Rupanya Baddrol Bakhtiar Bukan Orang Kedah!

Sumber: helloword



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!