Peraih Ikan Mabuk Memandu Lawan Arus Dituduh Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

mabuk

KUANTAN: Peraih ikan yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kenderaan yang dipandu kakitangan Alam Flora pada 25 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membvnuh 2 hari lalu.

Peraih ikan, Teoh Kian Peng, 42 tahun, dari Tanah Putih, dekat sini, telah didakwa di hadapan Majistret Najwa Hashim mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membvnuh. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukvman mati mandatori.

Tiada Pengakuan Dari Pemandu Mabuk Direkodkan

akibat pemandu mabvk

Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes tersebut (bvnuh) adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara pihak pendakwa menunggu laporan bedah siasat, laporan kimia dan laporan forensik disiapkan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani dan tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin.


Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, tertuduh dilaporkan memandu secara melawan arus dipercayai dalam keadaan mabuk dan bertembung dengan kereta dipandu Allahyarham Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun di Jalan Pintasan Kuantan.

Akhir-akhir ini terlalu banyak kes-kes pemandu mabuk melanggar mangsa-mangsa yang tidak bersalah. Diharapkan Kerajaan tegas dalam menangani isu ini supaya tidak ada orang lain selepas ini menjadi mangsa mereka. Mereka juga perlu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang terjadi kepada mangsa.

Sumber: Astro Awani


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!