Rupanya Penduduk Tempatan Dalang Seludup PATI di Langkawi

dalang

KUALA LUMPUR, 27 Julai –Terdapat penduduk tempatan terlibat menjadi dalang dalam aktiviti membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) baik melalui laluan perairan mahupun daratan di sempadan negara. Ini merupakan satu perbuatan khianat terhadap kedaulatan negara.

National Task Force (NTF) berkata dalam satu kenyataan, demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terpelihara dan terjamin, pihaknya akan terus memantau dan tidakan tegas akan dikenakan kepada dalang dan petualang kemasukan PATI.

Ada Dalang Seludup PATI

Menurut NTF lagi, pihaknya terus mengesan saki baki sindikit serta membuat tangkapan demi tangkapan akan dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan PATI tersebut.

bot nelayan
Gambar ini ketika kejadian di perairan Perak dahulu.

“Hasil maklumat risikan serta soalsiasat yang dijalankan, didapati ada beberapa penduduk setempat dikesan menjadi tali barut kepada sindiket kemasukan PATI ke Pulau Langkawi, baru-baru ini.

“Ia berikutan modus operandi yang digunakan adalah melibatkan bantuan dari penduduk setempat di samping penggunaan bot-bot nelayan tempatan.


“Taktik yang digunakan adalah selepas memasuki perairan Malaysia, PATI ini akan menaiki bot-bot nelayan tempatan dan menyamar sebagai nelayan sebelum mendarat di pulau-pulau sekitar Langkawi,” kata kenyataan itu.

Kelmarin, 27 PATI dipercayai etnik Rohingya termasuk dua tekong warga Myanmar ditahan di pantai Pulau Rebak Besar, Langkawi.

“Kesemua PATI yang ditahan itu dibawa ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bukit Malut untuk tindakan lanjut,” katanya.

dalang seludup PATI
PATI yang berjaya masuk ke Langkawi dengan berbagai taktik satu ketika dulu

Menurut Airtimes, 21 Julai yang lalu, dua lelaki warga Myanmar yang menetap di Pulau Langkawi disyaki menjadi dalang kepada sindiket penyeludupan PATI ditahan dalam satu operasi khas bersepadu yang dikoordinasikan oleh NTF bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kedua-dua lelaki terbabit ditahan cuba memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa APMM bagi memberi laluan untuk kemasukan migran melalui jalan laut.

“Susulan tangkapan pertama, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Teriang, Langkawi disyaki dijadikan tempat transit dengan melibatkan tangkapan ke atas 34 orang warga asing daripada Thailand dan Myanmar,” jelas kenyataan itu.

Baca: ATM Ketuai National Task Force (NTF) Sekat PATI

NTF menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan PATI, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF (011-6251 1223).


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!