Kantoi apabila seorang pengadil kencing atas bola sebelum perlawanan bolasepak dimulakan. Perbuatannya kencing dalam seluar itu telah disedari oleh para penonton. Ia berlaku sebelum sepak mula perlawanan bola sepak di Brazil yang membabitkan pertemuan pasukan Boavista menentang Goias.
Pengadil Kencing Atas Bola
Pengadil tersebut mungkin merasakan tidak ada sesiapa akan menyedari perbuatannya. Namun telahannya silap kerana ada penonton yang menyedarinya. Ketika kejadian dikatakan pengulas perlawanan yang sedang memperkenalkan pegawai dan dua pembantunya dalam perlawanan terbabit tidak menyedari perbuatan Denis da Silva Ribeiro.
Namun ada penonton yang menyedari perkara tersebut kerana dapat melihat air yang masih menitis-nitis dan mengalir dari celah kaki pengadil terbabit. Rakaman itu menjadi tular hingga ke negara kita. Kira terkenal jugalah pengadil ni nanti.
Video di bawah menunjukkan Da Silva sempat menoleh ke belakang dan melonggarkan sedikit seluar pendek dipakainya sebelum kencing di atas bola yang akan digunakan dalam perlawanan tersebut sebelum dia sendiri beredar daripada bulatan tengah padang.
o que rolou????
pic.twitter.com/liSt9PtA2I— Buteco das torcedoras (de 🏡) (@bdtorcedoras) March 12, 2021
Kejadian ini bagi kita memang memalukan dan ianya tidak sepatutnya berlaku. Ia berlaku di Stadium Elcyr Resende di Saquarema berdekatan Rio de Janeiro. Dalam perlawanan tersebut pasukan Boavista menang dengan keputusan 3-1. Topik perlawanan juga dikatakan lebih berkisar kepada perbuatan Da Silva.
Sumber: BH
Pada pendapat Anak Bapak, tindakan pengadil kencing atas bola ni mungkin sebab dah tak tahan. Mungkin dia menyangka ini adalah masa terbaik untuk berbuat demikian kerana masa untuk perlawanan sudah hampir.
Semasa perlawanan sedang berlangsung pula, adakah para pemain tidak perasan dengan bau yang terlekat pada bola terutama ketika mereka menanduk dan memegangnya? Kalau pengadil makan petai atau jering habislah.