Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Untuk Menyimpan Kad Pengenalan Anda

Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa Menyimpan Kad Pengenalan Pelawat

Anda ada pengalaman tak ketika pergi ke mana-mana permis, anda diarahkan untuk mendaftar nama untuk mendapatkan pas masuk. Namun mungkin ada juga premis yang berkehendakkan anda meninggalkan kad pengenalan anda atau dokumen pengenalan diri di balai pengawal atau bilik pengawal. Anda harus tahu bahawa pengawal keselamatan tiada kuasa untuk menyimpan kad pengenalan anda.

Di kem-kem tentera pelawat wajib meninggalkan kad pengenalan mereka di Balai Pengawal. Perkara ini adalah sah di sisi undang-undang. Begitu juga jika anda mengunjungi Ibu Pejabat Polis atau lain-lain pasukan keselamatan jika diminta berbuat demikian. Anda tidak boleh membantah jika anda mahu masuk ke situ.

security
Pengawal Keselamatan tidak dibenarkan menyimpan kad pengenalan diri pelawat

Namun jika pengawal keselamatan (security guard) yang meminta anda meninggalkan kad pengenalan anda di premis seperti kondominum atau pejabat persendirian yang lain, ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan semua syarikat kawalan keselamatan agar tidak menyimpan dokumen pengenalan diri pelawat yang memasuki premis mereka.

Pengawal Keselamatan TIDAK DIBENARNKAN menyimpan dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan dan Dokumen Penganalan Diri yang lain. Adalah menjadi kesalahan bagi pengawal keselamatan untuk menyimpan pengenalan diri pelawat.

kad penganalan diri
Dokumen Pengenalan Diri hendaklah dijaga supaya tidak jatuh ke pihak lain

Mengikut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan kecuali pegawai yang diberi kuasa. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20 ribu atau kedua-duanya sekali.


BACA: Kenapa Polis Tidak Memakai Talipinggang Keledar

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA

Siapakah pegawai yang diberi kuasa yang membolehkan mereka memegang dan menyimpan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pelawat? Berikut adalah pegawai-pegawai yang dibenarkan berbuat demikian:

1. Polis
2. Pegawai Pendaftaran
3. Kastam
4. Tentera yang bertugas menjaga dan mengawal
5. Mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah

pemeriksaan oleh polis
Polis diberi kuasa memeriksa dan menyimpan dokumen pengenalan diri anda

Sama-samalah kita ingat-mengingati tentu ada sebab hanya pegawai tertentu sahaja yang dibenarkan memegang kad pengenalan anda. Tambahan di negara kita pengawal keselamatan yang ada kebanyakan adalah dari negara luar. Jadi tidak selamat jika mereka yang memegang kad pengenalan kita.

Sumber: Pekeliling Agensi Persendirian Bil 2 Tahun 2007


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

2 Comments

  1. Tapi sekarang pengawal keselamatan tak simpan dah, mereka ambil gambar terus. Pastu pulang balik.
    Boleh tanya rakan-rakan yang buat Delivery makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!