Tips Mengawal Penggunaan Kad Kredit Supaya Tidak Berbelanja Lebih

Tips Penggunaan Kad Kredit

Berbeza dari dulu kita mencari bank untuk membuat pinjaman atau berhutang. Kini pihak bank berlumba-lumba mencari pelanggan untuk diberi pinjaman samada tunai atau kemudahan kad kredit dengan berbagai cara. Biasanya mereka akan membuat panggilan telefon mempromosi dan menawarkan penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi.

Berhubung dengan penggunaan kad kredit, biasanya kita tidak akan menolak mentah-mentah panggilan telefon yang dibuat oleh pihak bank. Setelah diberi penerangan tentang kebaikan penggunaan kad kredit, akhirnya kita akan tertarik dan seterusnya memberikan butir-butir peribadi yang diperlukan. Secara tidak langsung kita telah bersetuju dan akhirnya kad yang dijanjikan sampai ke tangan kita.

punca penggunaan kad kredit
Kad yang baru diterima hendaklah diaktifkan

Maka kitapun akan mula menggunakan kad kredit tersebut untuk pengaktifan. Setelah merasa nikmat menggunakannya, akhirnya kita lupa dan berbelanja tanpa memikirkan kesan penggunaan kad kredit. Sampai masa untuk membayarnya, kita tidak mampu membayar kesemuanya walaupun bagi bil yang pertama. Kebanyakan pengguna akan membayar 5% sahaja sebagaimana syarat minima  pihak bank. Sepatutnya anda harus mengetahui kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit sebelum bersetuju untuk memperolehinya.

Lama-kelamaan anda akan menanggung hutang yang lebih banyak kerana bukan setakat hutang, berbagai cas akan dikenakan kepada anda. Ini adalah salah satu keburukan penggunaan kad kredit. Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan berlakunya overspending pada kad kredit anda? Jom kita ikuti satu persatu langkah atau cara yang perlu anda ikuti jika anda pengguna kad kredit.

Langkah mengatasi penggunaan kad kredit
Apabila sudah ada kad kredit, anda akan mula berfikir mahu beli itu ini yang tidak pernah terfikir sebelum ini

TIPS MENGAWAL PENGGUNAAN KAD KREDIT


1. Sentiasa Berhati-Hati dan Beringat

Apabila menggunakan kad kredit, kita tidak sedar bahawa kita telah berbelanja melebihi pendapatan kita. Ini kerana membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit sangat tidak terasa kerana wang tunai dalam dompet tidak terusik. Biasanya jika menggunakan wang tunai, kita lebih sayang untuk berbelanja kerana kita berfikir bahawa wang itu perlu digunakan untuk sebulan atau sehingga gaji seterusnya.

Tips – Jangan sesekali kita berfikir bahawa kad kredit adalah wang percuma. Perkara yang harus diingat ialah anda perlu membayar balik wang yang telah digunakan sebelum ini. Jika anda memang mampu membayar semua sebelum dimasukkan ke dalam bil tidak mengapa.

kad kredit 3
Bila sudah ada kad kredit, bayar minuman pun guna kad kredit.

2. Keluar Membeli Belah Ketika Dalam Emosi Yang Baik.

Biasanya seseorang itu akan membelanjakan apa saja ketika mereka dalam keadaan marah atau sedih. Bukan itu sahaja, bosan dan cemburu juga boleh membuat seseorang itu berbelanja secara berlebihan. Tambahan pula menggunakan kad kredit.

Tips – Jalan terbaik adalah batalkan aktiviti untuk membeli belah apabila anda berada dalam mood yang tidak baik walaupun pasangan anda akan merajuk atau marah. Terangkan padanya dan tunggu sehingga anda kembali normal.

emosi
Jangan keluar berbelanja semasa emosi terganggu

3. Berbelanja Mengikut Kemampuan Bukan Mengikut Had Limit Kad kredit.

Setiap kad kredit yang diberikan mempunyai limit untuk digunakan mengikut kelayakan anda semasa diselidik semasa tawaran kad kredit dahulu. Biasanya seseorang itu berbelanja kerana dia memikirkan bahawa dia mampu untuk membayar 5% sebulan.

Anda harus faham bahawa mempunyai limit kad kredit yang besar sama sekali tidak sama dengan mempunyai banyak wang dalam bank. Anda wajib menguruskan perbelanjaan menggunakan kad kredit berdasarkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan yang anda miliki.

Tips – Pastikan anda sentiasa memantau baki kad kredit anda untuk memastikan ianya tidak melebihi had.

belian online dengan kad kredit
Jangan berbelanja tanpa memikirkan risiko yang menanti

4. Hanya Menggunkan Kad kredit Jika Anda Mampu Bayar Semula.

Kebanyakan pengguna kad kredit menggunakannya untuk membeli barang-barang yang mahal yang tidak boleh dibeli dengan wang tunai pada masa tersebut. Contohnya membeli perabot baru atau tv baru. Ini kerana gajinya mungkin untuk digunakan sebulan atau sehingga gaji seterusnya. Wang itu juga akan digunakan untuk membayar bil-bil semasa.

Apabila menggunakan Kad kredit untuk meningkatkan pembelian membuatkan ramai yang terjebak dengan hutang yang tidak berkesudahan.

Tips – Hanya gunakan kad kredit untuk membeli barang yang biasa anda beli. Jangan sesekali menggunakannya untuk membeli barang yang anda tidak dapat beli dengan wang tunai semasa anda.

bil kad kredit
Apabila menerima bil, anda akan tahu dimana kemampuan anda

5. Jangan Bawa Kad Kredit.

Jarang orang akan berhutang dalam jumlah besar dengan mudah tanpa kad kredit. Dan tiada siapa akan benarkan anda berhutang melainkan barang-barang yang memang dijual dengan kemudahan bayaran secara ansuran. Itupun anda perlu melalui prosedur tertentu untuk melayakkan anda berhutang.

Bawa kad kredit anda sekiranya tujuan anda keluar hanya untuk membuat pembelian penting seperti membeli barangan runcit atau membeli peralatan baru yang tidak membebankan anda membayar dengan wang tunai yang ada dalam bank.

Tips – Jika anda jenis seorang yang rambang mata, tinggalkan sahaja kad kredit anda jika anda keluar sekadar bersiar-siar bersama keluarga.

bayar tunai
Gunakan tunai jika berbelanja biasa kerana anda akan lebih sayang untuk mengeluarkannya

RUMUSAN

Kad kredit sebenarnya sangat penting dan berguna kepada kita terutama ketika dalam situasi kecemmasan. Penggunaan Kad kredit tidak memberikan kesan yang buruk kepada anda jik kena pada caranya. Semuanya bergantung bagaimana cara anda menggunakannya. Jadi gunalah secara bijak dan berhemah.

– Anak Bapak –



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!