Sebab Bayi Menangis Selepas Menyusu & Cara Atasinya

Bayi Menangis selepas makan

Ibu-ibu mungkin mengharapkan anak kecilnya tidur dengan tenang dan nyenyak selepas menyusu. Namun kadang-kadang sikecil tidak mahu tidur, gelisah dan menangis selepas menyusu. Bayangkan mereka belum boleh atau berkemampuan memberitahu kita apa yang tak kena pada waktu itu. Anda perlu ingat satu perkara. Tentu ada sebab bayi anda menangis walaupun selepas diberi susu.

Namun anda jangan terlalu bimbang dan risau atau panik. Cuba selidiki terlebih dahulu apakah penyebab yang membuatkan dia menangis selepas kenyang menyusu. Lepas itu fikir bagaimana cara mengatasinya.

sebab bayi menangis
Jika sudah makan, namun menangis tentu ada sebab yang perlu anda selidiki

Kenapa Bayi Menangis Selepas Menyusu

Secara umum, bayi akan menangis selepas makan atau menyusu jika mereka masih lapar atau tidak merasa selesa. Ketidakselesaan ini mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang anda boleh selesaikan di rumah. Jika nampak serius anda perlu membawanya untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

Berikut adalah antara penyebab bayi anda menangis selepas menyusu atau makan dan cara bagaimana untuk mengatasinya.

1. Udara terlalu banyak memasuki perut


menyusu
Cara memberi susu juga penting bagi mengelakkan udara masuk ke dalam perut bayi anda

Jika lampiran di antara mulut bayi dan pvting ibu tidak sesuai boleh menyebabkan udara memasuki perut bayi dan saluran pencernaan. Keadaan ini akan membuat bayi anda kembung, tidak selesa, dan akhirnya menangis. Bagi mengelakkan ini berlaku, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan, iaitu:

  • Sendawakan anak anda setiap 5 minit semasa sedang menyusu.
  • Berikan anak anda menyusu sedikit sebelum dia sangat lapar.
  • Pastikan kedudukan bayi dan lampiran di antara pvting susu dan mulut bayi adalah betul.
  • Sekiranya bayi anda menyusu botol, pastikan botol susu bayi mempunyai lubang yang agak besar dan dipenuhi dengan susu.
  • Dan satu perkara lagi, jangan kocak atau goyang botol susu terlalu lama atau kerap.

2. Jeluak / Muntah

jeluak
Sendawakan bayi anda semasa dan selepas menyusu bagi mengelakkan jeluak atau muntah

Jeluak atau muntah adalah perkara biasa berlaku jika bayi minum terlalu banyak susu. Ia juga mungkin disebabkan oleh udara memasuki perut bayi ketika dia menyusu. Jeluak atau muntah sering membuat bayi tidak selesa sehingga dia menangis selepas menyusu.

Cara menanganinya adalah dengan meletakkan badan bayi anda sedikit tegak apabila dia menyusu, sendawakan bayi semasa dan selepas menyusu. Seeloknya pegang bayi dalam keadaan tegak selama 30 minit selepas menyusu. Jangan segera membiarkannya bermain atau meletakkannya berbaring.

3. Kembung Perut

bayi kerap menangis selepas menyusu
Cuba buat urutan lembut pada perut bayi anda

Kembung perut juga menjadi punca bayi anda menangis tanpa sebab yang jelas dan biasanya dialami ketika berusia kurang dari 3 bulan. Kembung adalah perkara semulajadi dan boleh reda dengan sendirinya tanpa pengendalian khas.

Walau bagaimanapun, jika anak anda sentiasa merengek atau menangis, anda boleh mencuba cara-cara berikut untuk mengatasinya dengan cara:

  • Meletakkan bayi anda di pangkuan anda dan bengkokkan punggungnya.
  • Dukung bayi anda dan lakukan pergerakan ayunan perlahan-lahan.
  • Bawa bayi anda masuk ke biliknya agar dia tenang.
  • Buat urutan dan ringan pada bayi anda.

4. Gastrik

bayi menangis selepas menyusu
Jangan biarkan anak kecil anda terlalu lapar sebelum diberi makan

Mungkin kita hanya berfikir bahawa gastrik hanya terkena pada remaja atau orang dewasa sahaja. Jangan silap, penyakit ini juga boleh terkena kepada anak kecil. Biasanya anak anda akan meragam dan sering menangis sejak kecil setelah menyusu. Anak anda juga sering muntah atau batuk, hinggakan berat badan tidak bertambah atau menyusut.

Jika ada tanda-tanda seperti itu, segera bawa anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Baca JugaAnak Kecil Anda Sukar Buang Air Besar? Cuba Kaedah Ini

PENUTUP

Bayi yang sering menangis selepas menyusu jangan dianggap perkara biasa. Biasanya ia bermula sedikit demi sedikit dan boleh reda dengan sendirinya sehinggalah menjadi lebih serius dan memerlukan rawatan atau mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak. Jadi, jika berbagai cara di atas sudah anda lakukan namun anak kecil anda tetap menangis, jangan berlengah lagi, segeralah bawaanak anda berjumpa doktor.

Sumber – Alo Dokter



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!