Perbezaan Arak dan Alkohol Serta Hukumnya

beza arak dan alkohol

Umum mengetahui bahawa syarikat Heineken telah mengeluarkan produk minuman zero alkohol dengan slogannya yang tersendiri, iaitu ‘Now You Can’. Minuman tersebut telah dikomersialkan secara meluas melalui akhbar-akhbar tempatan dan laman sosial yang telah menimbulkan tanda tanya sekali gus mencetuskan isu sensitiviti umat Islam. Oleh itu, umat Islam harus mengambil tahu perbezaan arak dan alkohol serta hukumnya.

Apabila kita membaca penjelasan yang telah dibuat oleh beberapa golongan agamawan, mereka mengatakan bahawa istilah ‘You’ merujuk kepada golongan yang tidak boleh meminum bahan yang memabukkan atau secara jelasnya ialah orang Islam itu sendiri.

Persoalannya, adakah minuman Heineken Zero-Alcohol ini halal untuk diminum? Ramai netizen yang telah menyuarakan persoalan yang sama kerana rata-rata dari kita pasti keliru apabila melihat pernyataan BEBAS alkohol.

arak dan alkohol
Apa jua alasan, umat islam diharamkan meminum arak.

Apabila dilihat kenyataan balas yang diberikan, ia merupakan sejenis minuman arak dan sekali gus adalah haram diminum. Hal ini kerana, walaupun arak itu tidak mengandungi alkohol, namun ia telah diproses menjadi minuman yang memabukkan.

Surah Al-Maidah – 5:90 yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Ramai juga yang keliru dengan pernyataan di atas, bagaimana minuman yang tidak ada alkohol juga dikategorikan sebagai haram untuk diminum. Malah, ada yang menyangkal bahawa alkohol itu tidak haram kerana ia tidak disebut di dalam al-Quran.

Petikan Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Semua yang memabukkan itu adalah haram.”

MAKSUD ALKOHOL DAN ARAK

Bagi merungkai persoalan tersebut, adalah lebih baik untuk kita mendalami apakah maksud alkohol dan arak serta perbezaan di antara keduanya.

arak
Alhohol dan arak adalah dua benda yang berbeza namun kedua-duanya tidak boleh diminum oleh umat Islam.

ARAK

Merupakan minuman yang memabukkan dan secara jelas hukumnya ialah haram. Arak pada zaman Arab Jahiliyah dikenali sebagai al-bit, (perahan madu), al-mizr (perahan jagung), al-fadikh (perahan kurma muda yang belum masak) dan al-baziq (perahan air anggur).

Manakala, arak pada zaman sekarang dilabel dengan berbagai-bagai nama dan juga jenama seperti bir yang dihasilkan daripada bijirin seperti barli malt, gandum, jagung dan beras melalui proses pendidihan dan fermentasi kanji.

Ada juga arak yang dikenali sebagai wain yang telah dihasilkan daripada air perahan anggur, epal dan buah beri, kaji dan juga beras. Ia mempunyai pelbagai nama lain seperti Champagne, Muscatel dan Sherry.

Wisky dihasilkan daripada bijirin seperti barli, oat dan gandum hitam. Vodka, brandi dan juga rum merupakan anatara arak yang telah dihasilkan pada masa kini. Ia berbeza mengikut tahap kepekatan dan juga peratusan alkohol yang ada serta proses-proses yang dilakukan.

Walau bagaimanapun, semua jenis arak, sama ada banyak atau sikit kandungan alkoholnya, ia adalah haram kerana ia akan menyebabkan kepada mabuknya si peminum.

alkohol
Arak menyebabkan peminumnya mabuk

Petikan Hadis yang diawayatkan oleh Ibnu Umar yang bermaksud: “Daripada Ibnu ‘Umar RA berkata: “Aku mendengar Saidina ‘Umar RA ketika beliau berada di atas mimbar Rasulullah SAW berkata: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang pengharaman arak dan ia daripada lima perkara, iaitu anggur, kurma, madu, gandum dan barli. Dan arak itu adalah suatu minuman yang menutup akal fikiran.”

Mabuk telah diertikan sebagai pemikiran yang menghalang fungsi akal dengan baik kerana ia akan mengakibatkan pemikirannya berubah menjadi kacau. Ia juga akan jatuh hukum haram sama ada mabuknya dalam kadar yang sedikit atau tidak.

Menurut Mazhab Syafi’e, segala jenis minuman yang memabukkan adalah haram dan najis. Perkataan رِجْسٌ dalam surah Al-Maidah di atas membawa maksud kotor dan najis.

KENAPA ARAK DIHARAMKAN?

Arak merupaka kunci kepada segala kejahatan kerana syaitan mudah untuk memesongkan manusia yang berada dalam keadaan tidak sedar untuk melakukan dosa.

Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pakar saintifik menunjukkan bahawa orang yang berada dalam keadaan mabuk ini tidak akan menerima dan melakukan memori baru dalam dirinya. Dia akan cenderung untuk melakukan sesuatu sama ada baik atau jahat dalam keadaan separa sedar atau tidak sedar.

Arak juga mampu mengundang beberapa penyakit merbahaya seperti barah hati. Malah, ia bukan sahaja terkait dengan diri sendiri namun boleh menyebabkan kerosakan kepada orang lain juga.

Kita sering mendengar berita mengenai berlakunya kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu mabuk sehingga boleh meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

Banyak punca kemalangan jalanraya disebabkan pemandu mabuk

ALKOHOL

Alkohol merupakan bahan kimia yang terdiri daripada oksigen, hidrogen dan karbon. Alkohol asli merupakan sejenis cecair yang mempunyai bau dan warna. Ia merupakan cecair mudah terbakar dan memabukkan.

Sering berada dalam kandungan minuman terutama arak. Disebabkan itulah, alkohol sering disalah ertikan sebagai bahan yang haram. Alkohol juga sebenarnya digunakan di dalam industri lain seperti perubatan, farmasi, alat kosmetik dan industri makanan.

Dalam Islam, ia dikenali dengan nama ghawl yang bermaksud sesuatu yang memabukkan.

Surah As-Saffat – 37:47 yang bermaksud: 

“Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.”

Menurut al-Sheikh Atiyyah Saqar, hukum menggunakan alkohol pada tempat-tempat yang tertentu seperti mencuci luka adalah diharuskan. Ini adalah kerana, alkohol itu sendiri sifatnya adalah suci.

Majlis Fatwa al-Azhar juga berpegang kepada pendapat ulama’ yang mengatakan bahawa alkohol itu sifatnya suci dan bukanlah najis seperti arak.

Alkohol terhasil dalam makanan seperti tapai, budu, kicap dan sos. Malah, alkohol juga dikatakan terkandung di dalam buah-buahan seperti buah durian. Namun, ia masih tetap halal dimakan kerana ia bukanlah jenis yang memabukkan.

hukum guna alkohol
Penggunaan Alkohol diharuskan terutama dalam urusan perubatan

GARIS PANDUAN JAKIM

JAKIM telah mengeluarkan garis panduan terhadap penggunaan arak dalam memproses atau menghasilkan makanan untuk tujuan penstabilan adalah tidak boleh melebihi 0.5 peratus serta tidak akan memabukkan.

setiap minuman arak yang mengandungi alkohol atau tidak adalah haram untuk diminum, namun alkohol yang tidak bercampur dengan arak hukumnya tidak najis dan masih suci untuk digunakan.

Namun harus diingatkan bahawa alkohol yang tulen tanpa melalui proses penyucian adalah haram diminum kerana ia berfungsi sebagai racun yang boleh menyebabkan kematian.

KATEGORI HARAM

Dua Kategori Haram

Untuk kita melihat status halal atau haram alkohol dan arak, terlebih dahulu kita perlu dalami apa itu maksud haram dan kategorinya yang tersendiri.

Haram ialah sesuatu yang ditegah daripada dilakukan atau diamalkan sama ada dalam ibadah, perbuatan atau makan dan pakai. Ianya berdasarkan dalil yang ditetapkan Allah dan juga syariat yang telah berlaku yang menyebabkan hukumnya jatuh haram.

hukum minum arak
Makanlah yang halal dan jangan makan atau minum yang haram

Surah Al-Baqarah – 2:168 yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Melalui ayat di atas, Allah telah memerintahkan umatNya untuk berbuat kebaikan dan ibadah dengan sesuatu yang halal dan melarang kita untuk mengikut jejak langkah syaitan yang tidak halal. Haram terbahagi kepada dua golongan, iaitu Haram Lizatihi dan Lighairihi.

Haram Lizatihi

Merupakan sesuatu yang diharamkan disebabkan oleh perkara atau zat tersebut yang menjadikannya haram. Sebagai contoh zin4, mencuri dan juga minum arak.

Ia merupakan sesuatu yang tidak disyariatkan pada asalnya. Ia bermaksud, jika perkara yang haram ini dilakukan, maka ia akan mengundang kepada kesan dan maksud yang tidak baik.

Sebagai contoh, perbuatan zin4 akan menyebabkan kepada wujudnya nasab dan pewarisan yang tidak halal hasil daripada perbuatan tersebut.

Haram Lighairihi

Merupakan perkara yang pada asalnya tidak haram, namun ia menjadi haram disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu. Sebagai contoh melakukan urusan jual beli yang mengandungi riba atau berpuasa pada hari raya aidilfitri.

Ia merupakan sesuatu yang disyariatkan pada asalnya, namun pensyariatannya bukanlah berdasarkan sifatnya. Oleh itu, mazhab Hanafi berpendapat bahawa perkara yang haram itu boleh menyebabkan kepada berlakunya sesetengah hukum syarak.

Walaupun riba itu haram, namun pemilikan ke atas barang belian tetap akan berpindah ke atas pembeli daripada penjual tersebut.

alkohol
Jauhi minuman yang memabukkan dan ambillah minuman halal yang masih banyak atas muka bumi ini.

SITUASI PADA ALKOHOL DAN ARAK

Alkohol halal dan suci untuk digunakan dengan syarat ia tidak berfungsi sebagai racun yang boleh meragut nyawa sendiri. Ia akan berubah menjadi Haram Lighairihi apabila bercampur dengan minuman yang memabukkan seperti arak.

Walau bagaimanapun, penggunaan alkohol dalam pemakanan atau produk perlu mengikut garis panduan dan peratusan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM agar produk yang terhasil tidak akan bertukar menjadi was-was untuk digunakan.

RUMUSANNYA

Alkohol dan arak adalah dua benda yang berbeza dari segi sifat dan hukumnya. Arak telah dijelaskan di dalam Al-Quran dan kajian mengenai status haram dan bahaya yang ada manakala alkohol adalah harus digunakan dalam proses-proses tertentu. Namun, ia akan berubah menjadi haram apabila bercampur dengan arak.

Walaupun proses pembuatan arak sudah semakin moden tanpa melibatkan alkohol sekali pun, ia tetap haram untuk diminum kerana ia adalah sejenis minuman yang memabukkan. Wallahu a’alam.

Baca Juga – Kerap Minum Teh O Ais Sebabkan Kegagalan Buah Pinggang?

Semoga bertambahnya ilmu pengetahuan kita dengan penjelasan yang tidak seberapa ini. Sila LIKE dan SHARE jika ianya memberi manfaat kepada anda. Layari juga page kami di Anak Bapak.

Sumber: TZKRH



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!