Bermula esok, bermulalah perjalanan rentas negeri bagi membolehkan orang ramai yang terkandas bergerak semula ke kediaman masing-masing.
Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, bagi yang telah membuat permohonan menerusi aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, tempoh empat hari itu telah ditetapkan mengikut jadual dan negeri. Beliau berkata ketika sidang akhbar di Bukit Aman.
JADUAL RENTAS NEGERI
7 MEI 2020
Adalah pergerakan bagi orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur.
8 MEI 2020
Adalah pergerakkan bagi mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutamanya di Kuala Lumpur.
9 MEI 2020
Adalah pergerakan kepada mereka yang akan bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka serta Pahang.
10 MEI 2020
Pergerakan rentas negeri bagi mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Turut hadir adalah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak.
Langkah yang diambil oleh pihak polis adalah untuk mengelak orang ramai tiba di beberapa lokasi secara serentak dan mengelak kesesakan.
Bagaimanapun permohonan menerusi aplikasi hanya tertakluk kepada orang ramai di semenanjung. Bagi mereka yang berada di Sabah dan Sarawak, ianya tertakluk kepada SOP negeri berkenaan.
Orang awam dinasihatkan agar melakukan pergerakan pada waktu malam bagi bagi mengelak kesesakan selain mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Seramai 1.23 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak malaysia sejak 25 April hingga 1 Mei 2020. 503,276 daripadanya telah membuat permohonan untuk bergerak.
Orang ramai juga diminta mengemaskini maklumat terkini dengan menaik taraf ke versi 2.0 bagi membolehkan pemantauan dibuat sepanjang perjalanan mereka.
Selain aplikasi Gerak Malaysia, orang ramai boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi PDRM.
Sila cetak dahulu borang dan diserahkan kepada Balai Polis berhampiran bagi memperolehi kelulusan. Orang ramai diingatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelak kesesakan. Pihak polis akan memberi kelulusan pada hari sama borang itu diserahkan.
Anda yang mahu balik ke kampung kerana sudah lama terkandas, boleh berbuat demikian. Jangan tunggu saat akhir nanti semuanya terlepas.
Baca – AMM Gesa PKP Dilanjutkan Sehingga Selepas Aidilfitri
Sumber: SH