Tahukah Anda Perubahan Warna Alam Adalah Mengikut Masuknya Waktu Solat?

Perubahan Warna Alam dan Waktu Solat

Setiap kali berlakunya peralihan waktu solat, perubahan tenaga alam ini boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Inilah yang dinamakan fenomena alam. Dan Islam pula menganjurkan penganutnya solat di awal waktu. Apakah kelebihannya kepada manusia jika solat awal waktu?

Manusia sememangnya sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya berbagai kaedah meditasi yang dicipta oleh orang terdahulu. Antaranya adalah taichi, qi-gong dan banyak lagi.

tai chi
Tai Chi merupakan salah satu kaedah meditasi yang dicipta

Semua kaedah-kaedah itu dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke dalam sistem tubuh manusia. Sebagai umat Islam kita sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan kewajipan bersolat oleh Allah S.W.T. Tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini kerana jika kita lakukan diawal waktu, ianya akan berlaku secara automatik.

Jadi bagaimanakah perubahan yang dimaksudkan itu? Apakah hikmahnya jika anda solat di awal waktu? Teruskan membaca dan selepas itu anda mungkin akan solat lebih awal daripada biasa.

WAKTU SUBUH


Subuh
Gambar Hiasan

Alam berada dalam spektrum warna biru muda Pada waktu Subuh bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Oleh itu warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Bagi orang-orang yang kerap tertinggal waktu Subuh atau terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa). Dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Inilah rahsia kenapa kita diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya azan Subuh, tenaga alam akan berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Sesiapa yang terlewat Subuhnya, tenaga yang diperolehi sudah tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

warna waktu zohor
Gambar Hiasan

Warna alam akan berubah kepada warna hijau (isyraq & dhuha) dan seterusnya kuning. Ia menandakan telah masuk waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkait rapat dengan sistem penghadaman.

Warna kuning mempunyai rahsia yang hebat berkaitan dengan keceriaan. Mereka yang selalu meninggalkan atau sering lewat solat zohor berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan sifat cerianya hilang. Sebagai contoh ketika anda sakit perut, adakah anda ceria? Tidak bukan?

WAKTU ASAR

warna alam waktu asar
Gambar Hiasan

Pada waktu ini warna alam berubah kepada warna oren. Spektrum warna pada ketika ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah berkaitan dengan kreativiti. Orang yang kerap meniggalkan solat Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi jika pada waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Mudah untuk anda fahami adalah tidur. Sebab tu ada larangan supaya jangan tidur selepas waktu asar bukan.

WAKTU MAGHRIB

waktu maghrib
Gambar Hiasan

Apabila tibanya waktu Maghrib, alam telah berubah kepada warna merah. Orang-orang tua kerap berpesan pada waktu ini supaya kita tidak berada di luar rumah. Waktu ini spektrum warna menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis amat bertenaga pada waktu ini kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini dan menunaikan solat maghrib dahulu kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

tengah malam
Suasana tengah malam

Ketika masuk waktu Isyak, alam berubah kepada warna Indigo iaitu memasuki fasa Kegelapan. Rahsia Waktu Isyak ialah menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Orang-orang yang kerap meninggalkan solat isyak selalu gelisah. Pada waktu ini alam berada dalam Kegelapan. Di dalam islam Inilah waktu untuk tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam mode merehat.

Selepas waktu tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Seeloknya pada waktu ini kita bangun kembali dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Warna Alam
Table 1

PENUTUP

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Sepatutnya ianya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Allah tahu hamba-Nya sangat memerlukannya. Adalah sangat malang sekali bagi kumpulan manusia yang masih cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber: facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak
error: Content is protected !!