Pesakit Covid 19 Sengaja Batuk Depan Muka Jururawat Kemudian Melarikan Diri

sengaja batuk depan muka jururawat

SEORANG lelaki disyaki pesakit Covid-19 dilaporkan bertindak dengan sengaja batuk di hadapan muka seorang jururawat sebelum melarikan diri. Insiden di Gardai dekat Ireland itu kini dalam siasatan polis selepas lelaki terbabit dikatakan hadir ke sebuah hosptal di Dublin.

Pesakit Covid 19 Sengaja Batuk Depan Muka Jururawat

Dia datang ke hospital tersebut selepas menunjukkan tanda-tanda jangkitan Covid-19. Menurut laporan Irish Sun, lelaki itu meminta ujian saringan dilakukan ke atas dirinya dan diberikan topeng muka.

sampel covid 19
Foto : Getty image

Lelaki itu kemudiannya bertindak agresif dengan menjerit ke arah pekerja barisan hadapan sebelum ditempatkan di bilik isolasi untuk pemeriksaan doktor.

Pesakit kemudiannya dimaklumkan bahawa dia dibenarkan pulang dan ujian akan dilakukan di rumahnya. Dia tidak bersetuju dengan arahan pihak hospital dan terus berteriak kepada jururawat serta dengan sengaja batuk di depan muka seorang jururawat sebelum bertindak melarikan diri.

Akibat dari tindakan bodoh lelaki tersebut, jururawat berkenaan tak pasal-pasal terpaksa ditempatkan di wad isolasi.


Baca juga – Tentera Akan Digerakkan Jika Rakyat Masih Tidak Mematuhi PKP

Harap kita rakyat Malaysia janga jadi seperti lelaki tersebut. Dah tau ada tanda-tanda jangan sengaja batuk depan muka jururawat atau sesiapa sahaja. Bayangkan jika tiada yang membantu di barisa hadapan.

Apa komen anda? Lepas baca like dan kongsi ye.

Sumber: Dailystar.co.uk


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!